Pages

Monday, May 08, 2017

EASY MIDDLE EASTERN GRILLED LAMB


Resipi kambing perap yang cukup mudah. Saya menggunakan rempah yang dibeli di kedai Arab. Saya cuma blend bawang putih dan daun ketumbar. Rempah, bahan blend dan minyak zaiton dilumur pada daging dan perap semalaman. Memang terasa rempah-rempahnya. 

Menu ini saya hidangkan bersama roti dan buncis celur. Untuk sosnya saya buat sos pudina memang kena dengan kambing


Easy Middle Eastern Grilled Lamb

    1/4 cup Masterfoods harissa (Middle Eastern spice blend)
    1/4 cup extra virgin olive oil
    2 garlic cloves, crushed
    2 tablespoons chopped fresh coriander leaves
    2 x 1.2kg butterflied legs of lamb
    Extra fresh coriander sprigs, to serve

    METHOD

    Combine harissa, oil, garlic and coriander in a bowl. Place lamb, skin-side down, on a board. Rub lamb all over with spice mix. Place in a large glass or ceramic dish. Cover. Refrigerate for at least 2 hours, to allow flavours to develop (see note).


    Preheat a barbecue plate or grill (with hood) on high heat. Remove lamb from dish. Reduce heat to medium-high. Barbecue lamb, skin-side down, for 10 minutes. Turn and cook for 5 minutes. Reduce heat to medium-low. Cover lamb with barbecue hood. Cook for a further 15 to 20 minutes for medium or until lamb is cooked to your liking. Remove from heat. Cover loosely with foil. Set aside to rest for 10 minutes.

      Notes

      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



      MIDIN GORENG BELACAN



      Mungkin ramai yang tidak tahu tentang sayur ini, ini pertama kali saya memakannya ketika berkunjung ke Sarawak baru-baru ini. Midin adalah sejenis paku pakis yang terkenal di Sarawak. Rasanya lebih kurang macam pucuk paku. 

      Paling sedap dimasak ialah goreng belacan atau tumis bawang putih. Oleh kerana keunikanya maka saya sempat singgah di Pasar Satok mencari Midin segar untuk dibawa pulang. Rasanya sayur tidak ada di Semenanjung, apapun memang sedap diratah begitu aje atau makan dengan nasi panas bersama terubuk asin Sarawak


      Midin Goreng Belacan


        • 2 ikat pucuk midin
        • 5 biji cili merah    }
        • 3 ulas bawang merah  } ditumbuk
        • 3 ulas bawang putih  }
        • 3cm belacan
        • 1 sudu makan cili boh
        • Garam dan serbuk perasa secukupnya

        Cara Membuat:

        1. Relaikan daun-daun midin tu, dan ambil pucuknya. Batang tu selagi lembut boleh ambil. Kalau dah keras tu buang je. Biasanya 3 inci ke pucuk tu patahkan basuh dan toskan
        2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
        3. Masukkan cili boh dan biarkan garing.
        4. Masukkan pucuk midin dan biarkan lembut seketika.
        5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
        6. Angkat dan hidangkan.

          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.  Thank  You.

          RICH FRUIT SCONES



          Mula meminati dan mempelajari scones ialah masa zaman sekolah dulu, satu mata pelajaran home science yang diajar tentang rub in method. Scones diminati dan cukup sesuai sebagai hidangan high tea. Untuk kali ini saya masukkan sedikit buah-buahan campuran. Sedap dimakan panas-panas bersama butter dan jem.


          Rich Fruit Scones

            • 225 g tepung naik sendiri
            •   40 g gula caster 
            •   75 g butter
            •   50 g mixed dried fruit
            •     1 biji telur dipukul
            •  3-4  sdb susu



            1. Ayak tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
            2. Masukkan mentega dan ramas-rams dengan hujung jari sampai nampak peroi.
            3. Masukkan telur dan susu dan gaul dengan garfu sampai jadi doh yg lembut.
            4. Akhir sekali masukkan buah campuran
            5. Canai setebal 3 cm dan terap dgn cookie cutter. 
            6. Bakar pd suhu 200 C selama 12 minit. Hidang panas-panas bersama butter dan jem pilihan.




            RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

            Thank  You.


            Thursday, May 04, 2017

            PECAN BUTTERSCOTCH CAKE


            Its my 56th birthday....happy birthday to me...ha..ha I baked my own birthday cake, my favourite Pecan Butterscotch cake. Not only its my favourite but also one of my most popular cakes, this light butter cake has three layers of tender butter cake with cream cheese caramel frosting 

            It is so moist and so flavorful, it'll knock your socks off.   The cream cheese butterscotch frosting along with the pecans make it purely fabulous. Super easy to prepare and a gorgeous centerpiece on your dessert table and obviously a keeper



            Pecan Butterscotch Kek

              Bahan A
              • 250 gm mentega
              • 1 cawan gula kastor
              • 1/2 cawan gula perang
              • 1 sdt vanilla
              • 5 biji telur gred A*
              • 2 sdb butterscotch


              Bahan B
              • 3 cawan tepung superfine
              • 1 tbs + 1 tsp baking powder


              Bahan C
              • 1/2 cawan susu penuh krim
              • 3/4 cawan yogurt


              Cara:
              1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan 3 loyang bulat 8", griskan dengan mentega dan alas dasar acuan dengan baking paper.
              2. Satukan mentega dan gula putar sehingga kembang dan gebu.
              3. Masukan telur   sebiji demi sebiji hingga habis
              4. Masukkan esen vanilla dan karamel  Putar lagi sehingga sebati dan perlahan mixer
              5. Masukan Bahan B dan C berselang seli
              6. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 30-35 minit.Bila dah masak,telangkupkan selama beberapa minit agar kek tidak mendap.Terbalikkan semula dan lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.

                
              KACANG KARAMEL



              • 1 1/2 cawan kacang pecan

              • 80gm gula perang
              • 2 sudu besar madu


              Cara:
              1. Panggan terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170'C selama 15 minit.
              2. Masukkan gula perang ke dalam periuk
              3. Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api sederhana
              4. Jangan sampai gula hangus.Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin.
              5. Kemudian masukkan kacang yang telah dipanggang tadi.
              6. Gaul rata dengan segera.
              7. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper.
              8. Biarkan ia sejuk dan mengeras.Bila kacang telah sejuk dan keras,cincang sedikit.Ketepikan.

              CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING
               
              • 340g mentega tanpa garam
              • 1 1/2 cawan gula perang
              • 1 cawan whipping cream/heavy cream/thick cream
              • 1/2 sudu kecil garam
              • 580gm cream cheese-dilembutkan
              • 1/2 cawan gula icing-diayak
              • 1 sudu teh esen vanilla

              Cara:
              1. Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil.
              2. Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair.
              3. Kemudian masukkan gula perang.Masak hingga gula melarut.
              4. Selepas itu masukkan garam dan whipping cream.
              5. Kacau hingga ia licin dan berkilat.
              6. Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya. 
              7. Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim.
              8. Tambahkan butter yang selebihnya tadi (butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
              9. Terus putar hingga adunan lembut,licin dan berkrim. 
              10. Masukkan cream cheese butterscotch frosting ke dalam piping bag,ini bertujuan untuk memudahkan
              11. kita meratakan cream atas kek kita nanti.
              12. Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit.
               

              BUTTERSCOTCH SAUCE
               
              • 2/3 cawan gula perang
              • 6 sudu besar mentega-potong kecil
              • 1/2 cawan corn syrup
              • secubit garam
              • 1/2 cawan heavy cream/whipping cream

              Cara:

              1. Masukkan gula perang,mentega,corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga gula melarut.Tambahkan heavy cream.Masak hingga pekat.Sejukkan.

              Cara Menyiapkan kek

              1. Letakkan  sekeping atas lapik kek
              2. Kemudian letakkan butterscotch sauce
              3. Ratakan pada keseluruhan permukaan kek.
              4. Kemudian ambil kacang karamel yang telah kita cincang2 tadi.
              5. Taburkan atas permukaan kek kita itu.
              6. Selepas itu,dengan menggunakan piping bag yg kita telah isikan cream cheese butterscotch frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita.Ratakan.
              7. Ambil sekeping lagi kek,lapisan kek yg ke 2.Sapukan dg butterscotch sauce,kemudian terlangkupkan atas krim tadi.
              8. Ini bermakna,lapisan kek yg kedua diletakkan butterscotch pd kedua2 belah.
              9. Akhir sekali kita salutkan atau lepa kek kita tdi dengan lebihan cream cheese butterscotch frosting.
              10. Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.
              11. Kemudian bolehlah deco kek mengikut kreativiti masing-masing.
                Notes

                RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

                Thank  You.


                CHICKEN AVOCADO SANDWICH


                  Menu sarapan pagi yang ringkas dan sedap. Salad ayam disatukan  dengan buah avocado menjadikan sandwich ini begitu lemak dan  enak. Untuk mendapatkan yang terbaik pastikan buah avocado  yang masak digunakan. Jika inginkan lebih meriah boleh juga  dimasukan hirisan celery atau epal hijau.




                Chicken avocado sandwich

                  • 1 dada ayam direbus dan dicarek halus
                  • 1 biji avocado yang masak dibuang kulit dibuang biji dan dipotong dadu
                  • 2 sdb mayo
                  • 2 sdt djon mustard 
                  • sedikit lada hitam dan garam secukup rasa
                  • Roti sandwich


                  1. Satukan semua bahan kecuali roti dan gaul rata
                  2. Adjust rasa dan siap untuk sapuan atas roti
                    Notes



                    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

                    Thank  You.





                    You Might Also Like These

                    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...