Pages

Tuesday, November 17, 2015

APAM LABU


Jumpa resipi ini dalam FB, nampak menarik jadi saya copy, simpan dan tunggu masa sesuai untuk mencuba. Dalam ghairah hendak copy resipi terlupa nak masukkan nama empunya..so harap maaf dan halalkan Memang sedap apam ini lembut dan gebu tetapi jika ingin mencuba jangan mengharapkan ini mereka, kerana ia bukan jenis merkah. Apa pun kuih ini sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang


Apam Labu

Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor 
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-

  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat


Bahan C:- (ayak bersama)

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder


Cara Membuat:-

  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus.
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  5. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  6. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati.
  7. Biarkan adunan sehingga 1 jam 
  8. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*sy guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  9. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.




RECIPE SOURCE:  unknown
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Monday, November 16, 2015

SARDINE ROLLS


Kepada yang seangkatan dengan saya tentu masih ingat tentang pastry ini yang diajar dalam kelas home science....ha..ha teknik rub in, dimana mentega digaul dengan hujung jari sehingga menjadi breadcrumbs. Dah lama saya tidak membuatnya tiba2 terasa teringin makanya sampai juga hajat Saiz rolls bergzntung kepada cita rasa masing2, boleh kecil dan boleh besar begitu juga inti sardinnya beh pedas atau boleh sedang-sedang aje

Sesuai buat minum petang atau hidang majlis ringan.


Sardine Rolls

Untuk Kulitnya
  • 240 g tepung diayak
  • 120 g mentega sejuk diptong dadu
  • 4 sdb air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 biji telur asingkan kuning dan putih


  1. Masukkan tepung dalam mangkok
  2. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari sehingga menjadi serbuk  roti
  3. Buat bulatan ditengah tepung dan masukkan air sejuk
  4. Gaul sehingga  menjadi doh
  5. Rehatkan doh selama 30 minit


Sardine Rolls
  • 1 tin sardine, tos sosnya
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 2 biji cili hij2u dihiris nipis
  • 2 sdb cili pes
  • 1 sdb minyak masak
  • 1 sdt jus limau
  • garam secukup rasa

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan pes cili dan biar sehingga agak gareng
  3. Masukkan hirisan cili hijau dan sardin yang dihancurkan
  4. Masukkan garam dan air limau
  5. Biar kering sedikit dan angkat
  6. Sejukkan sebelum dijadikan inti
  7. Canai pastry lebih kurang 3mm tebal dan potong persegi 4x4in.
  8. Isikan inti sardin, sapu tepi pastry dgn putih telur kemudian gulung dgn kemas.
  9. Kelar atau cucuk dgn garpu, griskan dengan kuning telur.
  10. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit, keluarkan semula, sapu lagi dgn kuning telur supaya terang. Bakar lagi pada suhu 130C selama 15 minit atau hingga masak 


    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    CHOCOLATE DIP MERINGUE COOKIES


    Membuat meringue cookies ini sama seperti membuat pavlova, resipi yang sama dan method yang sama, cuma meringue ini dibuat comel-comel. Untuk resipi kali ini saya celupkan meringue dengan chocolate ganache dan meringue ini disediakan untuk majlis baby shower



    Chocolate Dip Meringue Cookies

    • 4 biji putih telur
    • 100 g gula ising
    • 240 g gula pasir
    • 1 sdb tepung jagung
    • 1 sdt cuka
    • chocolate ganache secukupnya
    Cara Menyediakannya


    1. Putih telur disatukan dengan gula pasir dan dibuat duble boiler sehingga gula hancur
    2. Alihkan ke mangkok mixer dan pukul sehingga soft peak, bertanduk
    3. Masukkam gula ising sedikit demi sedikit sambil dipukul
    4. Masukkan tepung jagung dan cuka sambil dikaup rata
    5. Panaskan oven ke 100 C
    6. Adunan dimasukkan ke dalam piping beg menggunakan nozel pilihan
    7. Pipe keatas dulang pembakar yang diletakkan parcement paper
    8. Bakar selama 1 1/2 - 2 jam atau sehingga meringue kelihatan kering
    9. Biarkan meringue sejuk di dalam oven ekurang-kurangnya 1 jam dan baru dikeluarkan
    10. Celup bahagian bawah dengan chocolate ganache
    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Saturday, November 14, 2015

    SIMPLE MAC & CHEESE



    Entah kenape mood untuk update blog begitu liat sekali, banyak yang pending apa pun hari ini memaksa diri untuk bereskan yang tertunggak.

    Resipi ini adalah resipi paling mudah menyediakan pasta, jika tiba-tiba tekak tearasa teringin hendak makan pasta Untuk sedap pilihan cheese adalah penting tapi saya cuma menggunakan cheddar dan monzarella aje. Boleh juga ditaburkan fried bacon jika suka.


    Mac & Cheese

    • 3 sdb butter
    • 2 sdb tepung
    • 2 cawan heavy cream, panaskan
    • 1 cawan mozarella
    • 1 cawan Cheddar
    • 4 cawan makaroni rebus
    • 1 sdt garam
    • 1/2 sdt serbuk lada hitam

    Directions

    1. Cairkan mentega dan masukkan tepung
    2. Biar pekat dan masukkan krim
    3. Masukkan garam dan lada 
    4. Akhir sekali masukkan makaroni yang direbus dan gaul rata
    5. Siap dihidang

    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    Monday, November 09, 2015

    CLAYPOT CHICKEN RICE BOK CHOY TIRAM


    Menu food court yang biasanya dijual oleh peniaga Cina, yang mana ada yang agak was-was untuk memakannya, tapi cukup mudah menyediakannya di rumah. Penting kena ada claypot atau periuk tanah. Resipi ini penting pada sos yang digunakan untuk memerap ayam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram memainkan peranan yang penting.

    Resipi dibawah ini adalah untuk penyediaan 2 claypot rice. 1 cawan beras ngam-ngam untuk 1 claypot. Saya masukkan juga cendawan dan ikan masin goreng dan selain dari makan nasi ini begitu aje, nasi ini juga sedap digukan dengan sayur bok choy.





    Claypot Chicken Rice

    • 2 ketul dada ayam yang dipotong kecil
    • 2 cawan beras
    • 5-7 keping cendawan shitake (rendam di dalam air suam selama 20 minit dan hiris)
    • 3 cawan stok ayam (boleh guna kiub knor dan rebus air buat sebagai air stok)
    • 3 helai daun bawang (hiris halus) 
    • beberapa ikan kurau masin - goreng
    Sos
    • 2 sudu sos tiram
    • 1 sudu sos manis kicap
    • 2 sudu besar kicap cair
    • 2 ulas bawang putih dicincang
    • 1 sudu teh tepung jagung
    • 1 inci halia (cincang)
    • 1sudu teh garam
    • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
    • 1 sdb tepung jagung
    Cara Menyediakannya

    1. Perap ayam, cendawan dengan bahan sos, dan stok  sekurang-kurangnya setengah jam..
    2. Panaskan minyak 1 sudu di dalam kuali dan masak ayam yang telah diperap itu selama 5 minit. Angkat dan ketepikan
    3. Masukkan beras dan stok ayam di dalam claypot tutup dan letak di atas api sederhana sehingga mendidih.Perlahankan api.Biarkan lagi selama 15 minit dalam tempoh itu nasi sepatutnya masak 
    4. Tuang campuran ayam di atas permukaan nasi.Tutup semula.Letak atas api perlahan selama 15 minit lagi atau sehingga ayam empuk dan betul-betul masak.Kacau dan tabur daun bawang, ikan masin di atasnya.
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...