Pages

Wednesday, August 19, 2015

DALCA TELUR DAN AYAM


Nasi minyak..nasi tomato, nasi briyani dan apa-apa jenis nasi cukup sinonim dengan dalca..malah kalau di Penang, kita panggil NASI DALCA Lauk yang berkuah ini memang favourite, paing dan manis kalau dapat tulang dan dagind tetel. Bagi yang tak makan daging boleh juga guna ayam, telur atau biarkan sayur aje.

Lauk ini cukup versatile dan cukup sedap bila dibawa ke esokkan harinya dan cukup sesuai dicicah dengan roti canai atau sebarang roti putih


Dalca Telur dan Ayam

  • 5 - 7 biji telur rebus dan kopek
  • 300  g tulang bercampur isi ayam
  • 2 biji terung bulat - belah 4
  • 3 biji kentang - belah 4
  • 1 cawan kacang dhal rendam dan rebus
  • 5 tangkai kacang pancang dihiris 2 " panjang
  • 1 batang carrot dihiris menyerong
  • 1/2 cawan santan
  • 2 pelepah daun kari - lurutkan
  • sehelai daun pandan
  • minyak sapi / marjerin / mentega
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 sudu besar kaskas
  • 1 biji cili merah beah 2
  • 1 biji cili hijau belah 2
  • 1 asam keping
 Bahan tumbuk halus / kisar:
  • 2  inci halia
  • 5 biji bawang putih
  • 1 biji bawang  besar

Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang

Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan sedikit minyak sapi / marjerin / mentega.
  2. Tumis semua bahan tumbuk,, bahan tumis, daun pandan daun kari\
  3. Masukkan rempah kari (dibancuh bersama kas-kas) biar sehingga pecah minyak
  4. Masukkan tulang ayam dan ayam biar seketika dan masukkan 2 cawan air
  5. Masukkan kentang dan dhal rebusm tutup periuk..biar sehingga kentang agak empuk
  6. Masukkan asam keping garam dan perasa
  7. Masukkan carrot, terung dan kacang panjang
  8. Akhir sekali masukkan santan dan telur rebus
  9. Biar sehingga naik minyak, masukkan belahan cili merah dan belahan cili hijau

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Tuesday, August 18, 2015

NASI MINYAK


Nasi Minyak selalunya sinonim dengan majlis perkahwinan, maka tak hairan jika yang masih single selalu di usik dengan soalan seperti "bila nak makan nasi minyak"? maknanya bila hendak kahwin. Memang wajib nasi minyak disediakan di majlis perkahwinan.

Bahan menyediakannya mudah biasanya minyak sapi tapi kalau tak ada minyak masak biasa pun boleh. Hendakkan nasi yang cantik disarankan guna beras basmathi kalau tak ada pun tak apa. Nasi ini biasanya dihidang bersama lauk seperti :


  • Korma ayam/daging/kambing
  • Ayam Masak Merah
  • Daging Nasi Kandar
  • Dalca
  • Kari ayam/daging/kambing
  • Jelantah
  • Acar



Nasi Minyak

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair


3 helai daun pandan- disimpul
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Sedikit kismis kuning
Gajus
7 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMISAN :
  • 3 biji bawang besar - hiris
  • 2 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - hiris
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 inci kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji bunga cengkih


CARA MEMASAK :
  1. Semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama sejam .
  2. Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .
  3. Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis,gajus dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak .




    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

    KULAT SISIR LOMAK KELEDEK


    Susah dapat kulat sisir ini, kalau rajin mencari dan kalau nasib baik bolehlah dapat di Pasar Tani. Memang dah lama berhajat cuma baru ini terjumpa. Penting memasak kulat ini ialah cara membersihkanya dan kulat ini paling sedap dimasak lomak cili padi. Saya masukkan sedikit keledek kerana itu yang pernah saya maka ketika arwah umi masih ada.

    Sedap makan bersama nasi dan merupakan selera kampung yang digemari.


    Lomak Kulat Sisir

    • 2 cawan kulat sisir  kering
    • 2 biji keledek dipotong kecil
    • 15 biji cili padi
    • 1 biji bawang besar
    • 2" kunyit hidup
    • sejemput ikan bilis ~ direndam sekejap
    • 2 cawan santan pekat
    • 2 cawan santan sederhana pekat 
    • garam & serbuk perasa secukupnya


    Cara menyediakan.
    Kulat sisir dibersihkan segala kotoran, kerat kakinya jika terlekat kulit kayu kemudian direndam.  Sauk kulat sisir menggunakan tangan buangkan air serta kekotorannya.  Rendam sekali lagi & buatlah seperti tadi sekali lagi supaya semua kekotoran yang melekat pada kulat terpisah.  Cucurkan kulat di bawah air paip & tos sebentar.  Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur.  Tumbuk manja2 je ye.
    2. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang besar & kunyit hingga lumat.

    3. Dalam periuk, masukkan santan, bahan tumbuk, serai, keledek.
    4. Masak hingga keledek agak empuk kemudian masukkan kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya.  Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau.  Jika suka boleh masukkan 1 keping asam gelugur. 




      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

      all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

      Monday, August 17, 2015

      ALGERIAN PANCAKE - BAGHRIR


      Algerian Pancake ini sekali imbas macam serabai atau serabi, malah cara membuatnya pun ebih kurang sama, cuma untuk resipi ini taepung yang digunakan ialah tepung suji dan cara memakannnya ada dua cara, satu dengan madu dan satu lagi dengan kari atau lauk. Tektur pancake ini lembut dan permukaannya seakan sarang lebah berlubang-lubang.

      Sesuai buat sarapan atau minum petang.


      Algerian Pancake

      • 3/4 cups fine semolina
      • 5 tablespoons all purpose flour
      • 1 teaspoon sugar
      • Pinch of salt
      • 1 teaspoon baking powder
      • 1 1/4 teaspoon dry yeast
      • 1 1/4 cups warm milk
      • 1 egg

      For the Syrup:

      6 tablespoon honey
      2 tablespoon butter
      1/4 cup water

      Making the syrup:

      In a saucepan, add butter and honey, and mix well on medium low heat. Add the water and increase the heat. When it boils turn of heat.

      Making the Baghrir, the method is for both versions:

      In a blender, add all the ingredients and blend until smooth.

       Pour mixture in a big bowl, cover and let it rest in warm place for 30 minutes.

      – Heat a non stick pan, then pour around half a ladle or 1/4 cup from the batter in the middle of the pan.

      – Let it cook on medium heat, until the surface is dry and full of wholes.


      – Remove from pan and keep aside. Do not stack while warm like regular pancakes since it will stick together, wait until the Baghrir cools.



      RECIPE SOURCE:  MunATY COOKING

      all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


      Sunday, August 16, 2015

      GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN


      Perghhh....patutlah ramai yang suka masakan ini memang sedap giler...anak2 yang pada mulanya mencebek bibir bila sebut tempoyak ikan patin boleh jadi melazat dibuatnya....siap minta dibuat lagi, Memang menyelerakan, isi ikan patin yang lembut dan masam-masam tempoyak memang sedap. 

      Menyediakannya mudah malah bajetnya pun murah, seekor ikon patin sederhana besar saya beli baru RM7...ekonomi dan berbaloi



      Gulai Tempoyak Ikan Patin

      • 1 ekor ikan patin 
      • 5 biji cili padi 
      • 2 biji cili merah
      • 2" kunyit hidup
      • 5 sudu besar tempoyak 
      • 1 kuntum bunga kantan - belah 2 
      • 2 batang serai dititik
      • 2  tangkai daun  kesum 
      • 1 keping asam keping jika perlu  
      • garam secukup rasa



      Cara Menyediakanya
      1. Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini. cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan. 
      2. Tumbuk cili padi, cili merah dan kunyit. Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk, serai  dan bunga kantan. 
      3. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum. Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping. 

      Nota
      Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin 
      Lumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau.   Rendam sekitar 5 minit dan toskan, 


        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

        all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

        You Might Also Like These

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...