Pages

Monday, January 01, 2018

SAGO GULA MELAKA


Dessert ini tidak perlu pengenalan diri, cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia sehingga 5 star hotel pati menyediakanya sebagai buffet dessert. Paling popular masa Ramadan Buffet pergi la mana baik Bazaar Ramadan mahu pun Ramadan Buffet dari 1 star hingga 5 star wajib ada. Mudah menyediakan dan cukup sedap sebagai penyejuk tekak. Bahanya mudah 3 bahan aje sago santan dan sirap gula Melaka.

Sedap dan menjadi pilihan jika cuaca panas. Bertambah sedap jika di chillkan dahulu



Sago Gula Melaka

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Dessert favourite boleh dikatakan kegemaran masyarakat Malaysia sago dimosok don dimokon bersama santan pekat dan sirap gula Melaka
Bahan-bahan
  • 200 gram biji sago rumbia
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
  • 60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
  • 100 gram gula pasir*
  • 3/4 cawan air*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

Kaedah Penyediaan
  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
  2. Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
  3. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
  4. Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).
  5. Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
  6. Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
  7. Masak hingga gula larut
  8. Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
  9. Masak hingga pekat dan sejukkan
  10. Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan
  11. Bila sago dah sejuk dan kental,
  12. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

VIETNAMESE SPRING ROLL WITH PEANUT SAUCE


Vietnamese Spring Rolls memang popular se entaro dunia. Sajian yang tidak perlukan resipi masuk dan gulung apa saja there's no fast rules on this tapi yang leceh cuma kulinya bila direndam jadi susah hendak digulung especially untuk mendapatkan kekemasan maksima. Anyway ini memang makanan sihat sayuran dan bahan celur

Sedap dimakan bersama sos dan di sini saya sharekan dua sos, sos original dan sos kacang/ Kedu duanya sedap




Vietnamese Spring Rolls

Yield: - lebih kurang 15 keping
Popia Vietnam yang terkenal seentaro dunia menggunakan bahan- bahan segar
Bahan-bahan

  • Beberapa keping kulit rice paper
  • Udang segar - dicelur dan dibelah dua
  • Daun salad - secukupnya
  • Daun Pudina - secukupnya
  • Timun - dihiris memanjang
  • Daun Ketumbar - secukupnya
  • Kapsikum - secukupnya
  • Suh hoon - dicelur dan toskan
  • Cendawan shitake secukupnya dicelur dahulu
  • Crab stick secukupnya dicelur dahulu

Caranya

  1. Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
  2. Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'

  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan sos ikan
  • 1/4 cawan jus limau
  • 2 sudu makan cuka
  • lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
  • daun bawang - hiris halus.
Satukan semua bahan dan adjust rasa

Sos Kacang Vietnam
  • 1 sdb peanut butter, 
  • 2 sdb Hoisin Sauce
  • 1 1/2 sdb cuka 
  • 1/3 cawan susu segar atau air
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 1/2 sdt pest cili


Cara Menyediakannya

Campur semua bahan, kacau sehingga lincin dan adjust rasa

Cara Menggulung Popia 



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Friday, December 08, 2017

DAKGANGJEONG - KOREAN SWEET CRISPY STICKY CHICKEN


Kalau kita fikirkan cili padi kita dah cukup pedas, masakan Korea tidak kurang hebat dengan kepedasannya. Ayam Goreng ini adalah versi sticky chicken cara Korea. Sedap buat ratah-ratah atau makan dengan nasi. Resipinya saya ambil dari majalah wanita



Ayam Goreng Korea

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Ayam goreng cara Korea yang popular ranggup pedas dan sedap

  • 16 ketul ayam bahagian kepak
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit lada hitam
  • 1/2 sudu kecil halia parut
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng (kira-kira 5 hingga 6 cawan)

Ini bahagian yang penting untuk menyediakan sos pedas Korea:


  • 2 sudu besar bawang parut
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil halia parut
  • 1 sudu besar kicap
  • 4 sudu besar cuka kurma
  • 2 – 3 sudu besar sos pedas (jenama Frank Original)
  • 4 sudu besar sos cili atau sos tomato (jenama Heinz)
  • 2 sudu besar sos gochujang
  • 2 sudu besar sirap jagung atau madu
  • 1 sudu besar gula (atau lebih untuk rasa)
  • 1/2 sudu kecil dijon mustard
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Bahan hiasan:

1/2 sudu kecil biji bijan

Cara membuat:

  1. Mula-mula campurkan ayam dengan garam, lada dan halia. Perap selama 20 hingga 30 minit.
  2. Panaskan kuali dengan api yang kecil. Tambah 1 sudu besar minyak masak dan kemudian bawang, bawang putih dan halia. Kacau selama satu minit sehingga wangi. Tambah semua bahan sos yang lain dan kacau rata. Masak hingga pekat kira-kira 4 hingga 5 minit. Matikan api.
  3. Buang mana-mana air yang berlebihan dari ayam yang diperap. Gaul ayam dengan tepung jagung hingga sama rata.
  4. Tambah minyak ke dalam kuali untuk deep fry. Panaskan minyak kepada 320 ° F. Masukkan ayam ke dalam minyak, satu bahagian pada satu masa. Gorengkan dalam dua kelompok. Masak hingga warna keemasan, kira-kira 5-7 minit, bergantung kepada saiz ayam.
  5. Panaskan minyak hingga 370 ° F. Masukkan ayam dan goreng lagi selama 2 hingga 3 minit sehingga keemasan. Letakkan di atas penapis untuk tos minyak.
  6. Panaskan sos dengan api kecil. Masukkan ayam dan kacau sama rata, pastikan semua disalut dengan sos pedas. Taburkan dengan bijan.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Tuesday, November 28, 2017

BANANA BUTTERSCOTCH CAKE


Ini bagi yang meminati kek pisang, kita upgradekan resipinya dengan krim cheese frosting dan butterscotch perghhh memang gandingan yang mantop. Kek pisang ini memang extremely moist dan lembut. Catching up with trend saya bakar cara slice cake siap dipotong supaya senang dihidangkan dimajlis. 

Double dose the cake saya taburkan dengan sedikit roasted walnut....memang heaven kek ni




Kek Pisang Butterscotch

Yield: - lebih kurang loyang 10 x 10
Resipi kek pisang mudah yang diolah untuk dinikmati bersama butterscotch dan krim cheese frosting
Bahan A

  • 250 gm butter
  • 240 gm gula perang
  • 1 sdt vanilla
Bahan B

  • 450 gm pisang lecek
  • 100 gm atau 1 cup yogurt asli
Bahan C

  • 320 gm tepung syperfine
  • 1 1/2  sudu teh baking powder
  • 1 1/2 udu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
Cara Menyediakan Kek

  1. Satukan bahan A dalam mixer
  2. Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat
  3. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati
  4. Tambahkan esen vanilla gaul rata
  5. Masukkan bahan B berselang seli dengan bahan C
  6. Sediakan  acuan 10 x 10
  7. Bakar pada suhu 160 c selama 50 minit bergantung pada oven masing-masing dan sejukkan sebelum dihias

SOS  BUTTERSCOTCH / KARAMEL

  • 1/2 cawam gula perang
  • 1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
  • 1/2 cawan susu segar
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar butter

  1. Cairkan butter
  2. Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
  3. Tuangkan krim, garam dan vanilla
  4. Kacau rata
  5. Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.
Krim Keju Frosting


  • 375  gm krim keju
  • 120 gm mentega tanpa garam
  • 80 gm gula aising
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu teh paste Lemon
  • 120 gm non diary fresh cream


  1. Pukul krim keju dan gula hingga kembang
  2. Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
  3. pukul sebati
  4. Pukul fresh krim sehingga soft peak masuk dan kaup ke dalam bahan krim cheese tadi
  5. Kaup rata dan sebati dan boleh disapu di atas kek





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Thursday, November 23, 2017

WALNUT MIXED FRUITS CUPCAKES


Dah dekat-dekay Christmas banyak blog-blog dok tayang fruit cake jadi kacau kita dibuatnya. Untuk melayan kehendak tekak maka saya buat sedikit buat cara cupcake seban anak-anak di rumah kureng sedikit bab kek buah  ni. Kebetulan ada prune dan walnut di rumah baki baking saya masukkan sekali...ha..ha sedap juga.

Resipi asal kek ini mengguna acuan loaf dan untuk dapatkan warnak gelap pada kek saya masukkan sedikit black teracle
 


Walnut Mixed Fruits Cake

Yield: - lebih kurang 12 biji
Resipi kek buah bakar yang disediakan cara cup Mudah dan sedap
  • 160 gram mentega
  • 100 gram gula perang (soft brown sugar)
  • 3 biji telur gred A
  • 160 gram tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/4 camca teh garam halus*(*gaul rata dan ayak)
  • 1 camca teh pes oren
  • 1 biji oren, parut kulitnya (bahagian warna oren sahaja) dan perah jusnya
  • 100 gram buah2an campuran kering (mix dried fruit)
  • 100 gram hirisan prunes
  • 100 gram kacang walnut panggang

CARA MEMBUATNYA 

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin muffin pan dengan mentega  Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, masukkan mix dried fruit dan hirisan prunes.Masukkan jus oren. Kacau dan perap sekejap.
  3. Sementara itu, putar mentega dan gula perang hingga gula larut dan sebati, masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Tambah parutan kulit oren dan pes oren. Putar sebati.
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan buah2an kering tadi, buat hingga siap. Masukan alnut panggang yang dipecah-pecahkan. Matikan mixer, dan gaul sekejap dengan spatula agar semua rata. 
  5. Sudukan dalam tin muffink dan tabur rata buah2an kering yang diasingkan untuk hiasan tadi. Bakar selama 20 minit atau hingga kek masak, bergantung pada oven masing2.
  6. Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum diapu jem apricot dan ditaburkan walnut. 




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Wednesday, November 22, 2017

APAM NASI SEDAP


Apam ini saya udah buat berkali-kali terutama kalau ada nasi semalam. Ramai peminatnya ha...ha cucu yang berusia  2 tahun pun mampu makan sampai 2 -3 ketul dan esoknya minta lagi. Memang sedap, lembut dan gebu. Paling sedap makan dengan kelapa parut santai-santai dengan secangkir kopi..perghhh....





Apam Nasi

Yield: - lebih kurang 20 biji
Apam lembut gebu yang menggunakan nasi semalam. Sedap makan dengan kelapa parut
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras cap teratai
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 peket mauripan
  • 2 1/2 cawan air
  • Pewarna

Cara penyediaan
  1. Blender halus gula nasi dan air
  2. Campur semua tepung dan mauripan .kacau sebati dan perap 2 jam ....
  3. Adunan akan naik kacau sebati dulu untuk buang gelembung udara dan
  4. Warnakan ikut pilihan
  5. Acuan sapu minyak sedikit dan tuang adunan jangan penuh sangatgt...
  6. Kukus 15- 20 minit api sederhana.klu nk merekah kukus api besar..




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

SAMBAL SOTONG PETAI


Biasanya petai saya lebih selesa masak bersama udang atau ikan bilis, belum pernah lagi masak bersama sotong. This is my first try bila nenguk kekawan masak. Saya guna sotong yang bersaiz besar dan hiris bulat, cantik gitu. Anyway namanya sambal tumis makanya apa bahan yang digunakan memang tetap sedap



Sambal Sotong Petai

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Masakan harian kegemaran ramai. Boleh dimasak secara kering atau pun basah mengikut selera

  • 3 ekor sotong saiz besar potong bulat
  • 2 papan petai
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)

  • 1 genggam cili kering rendam dahulu
  • 7 biji bawang merah
  • 1/2 inci belacan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sotong dibersihkan, buang bahagian dalam sotong, potong bulat cuci dan toskan, Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum,  masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan masukkan petai. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  3. Masukkan sotong, kacau dan tambah hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih atau sebagai bahan pencicah


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, November 20, 2017

4 WAYS WITH DONUTS FROSTED


Entry ini lebih membicarakan tentang jenis2 frosting yang digunakan di atas donut. Saya share di sini 4 jenis frosting yang menjadi kegemaran ramai. Resipi adalah adaptasi dari 








Donuts Frost

Yield: - 
4 cara untuk salut donut dengan citarasa kegemaran ramai. Resipi dari Sally Baking Addiction
VANILLA FROSTING
  • 3 Tablespoons (43g) unsalted butter, melted
  • 1 and 1/2 cups (180g) confectioners' sugar
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/8 teaspoon salt
  • 3 Tablespoons (45ml) milk
  • Sprinkles


Vanilla frosting: Whisk the melted butter, confectioners' sugar, vanilla extract, salt, and 2 Tablespoons (30ml) of milk together in a medium bowl. Whisk in the remaining 1 Tablespoon (15ml) of milk to thin, if desired. It's easier to dip the doughnuts if the glaze is thinner. Dip the doughnuts into the vanilla frosting, then cover with sprinkles.

CHOCOLATE FROSTING
  • 3/4 cup (135g) semi-sweet chocolate chips
  • 3 Tablespoons (30g) unsalted butter
  • 1 Tablespoon light corn syrup
  • 1 Tablespoon water
  • Sprinkles

Chocolate frosting: Place the chocolate chips, butter, corn syrup, and water in a medium bowl. Melt in 20 second increments in the microwave, stirring after each time, until completely melted and smooth. Dip the doughnuts into the chocolate frosting, then cover with sprinkles

STRAWBERRY FROSTING
  • 5 large strawberries
  • 1 and 3/4 cups (210g) confectioners' sugar
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 Tablespoon strawberry jam or preserves
  • sprinkles



Strawberry frosting: Puree the strawberries in a food processor. Whisk the puree, confectioners' sugar, vanilla extract, and strawberry jam together in a medium bowl. Dip the doughnuts into the strawberry frosting 2 or 3 times (it's thinner than the others), then cover with sprinkles.

Vanilla Cream Cheese Glaze
  • 1/2 cup+  confectioners’ sugar
  • 1 to 2 tablespoons cream cheese, softened
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 1/4 teaspoon+ cinnamon
  • splash Milk, Half & Half, Cream, Heavy Cream, vegan milk


combine powdered sugar, cream cheese, vanilla extract, cinnamon, with a small splash milk.  Whisk to combine, adding the milk as necessary, until desired consistency is achieved.


All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...