Pages

Tuesday, August 08, 2017

KARI AYAM KAPITAN


Out of curiosity saya masak kari ini kerana ingin mencari perbezaan antara kari ayam biasa dan gulai ayam padang masakan minang. Perbezaannya jelas pada rempah yang digunakan. Kalau kari biasa rempahnya adalah lebih keras berbanding dengan kari ini yang banyak menggunakan serai dan lengkuas.

Juga menarik diperhati aromanya juga berbeza, kari biasa menggunakan dua kari, gulai minang dengan daun salamnya manakala kari kapitan ini menggunakan daun purut, tapi yang jelas ketiga-tiganya sedap dan menyelerakan.

Resipi ini adalah adaptasi dari blog tiffinbiru - dapur tanpa sempadan

Kari Ayam Kapitan


  • 2 keping peha ayam saiz besar (atau anda boleh guna 1/2 ekor ayam)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 cawan pati santan
  • 1 biji limau nipis, perah jusnya
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Bawang goreng, untuk hiasan
  • Daun pudina, untuk hiasan

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras, hiris
  • 4 biji cili merah
  • 8 tangkai cili kering, kerat pendek, buang biji dan rendam dalam air panas, toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong kecil atau ikut suka, cuci toskan, kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum hingga rata. Perap 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Bila sudah naik minyak, masukkan ayam dan daun limau purut, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang sedikit air (anggaran 3 cawan), biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kuah pekat sedikit dan ayam masak. Masukkan jus limau nipis (yang ni anda agak2 lah yea, masukkan sikit dulu, kacau dan rasa kuahnya, kalau perlu baru tambah lagi). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun pudina sebelum dihidangkan..
Notes



All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...