Pages

Wednesday, August 21, 2013

MEJA DESSERT EID MUBARAK /MY EID MUBARAK DESSERT TABLE


Selalunya benda yang tidak dirancang menjadi. Biasanya bila selesai puasa syawal saya akan buat rumah terbuka kecil-kecil menjamu kekawan. Tahun ni pun sama...tapi first round ini lebih kepada kekawan anak-anak. Ialah sudah berada ditempat baru maka ramai juga kekawan minta hendak ziarah. ..jadi saya  buat open house yang simple aje di rumah.

Menu utama sudah semestinya kegemaran keluarga SOTO AYAM MADURA dan Laksa Asam



Dalam membuat persiapan tiba-tiba terasa ingin membuat kelainan sedikit tahun ini...biasanya kalau Raya ni kuih-muih disusun di atas meja makan atau meja ruang tamu..tetapi kali ini saya terpanggil untuk mengujudkan satu ruang khas yang dinamakan "the dessert table". Dessert table ni selalunya sinonim dalam majlis perkahwinan...dan kalu dilihat pada majalah-majalah perkahwinan atau penggantinkita selalu dapat melihat bagaimana meja dessert ini dihiaskan. Lazimnya hiasan meja mengikut warna tema dan di letakkan "backdrop" atau kraf tangan yang menarik.Oleh kerana idea ni datang secara tiba-tiba saya tidak mempunyai banyak pilihan dari segi hiasan...tiada kesempatan masa. Saya cuma menggunakan konsepnya tanpa banyak hiasan tetapi banyak menggunakan balang yang beranika jenis...Udah namanya dessert table jadi hidanganya semua pemanis mulut berlaka...saya letakkan cookies..dan kek... excited juga bila dah siap...
1-2-3-4 Coconut Cake

Kalau yang berminat untuk mengadakan "dessert table" untuk majlis perkahwinan atau majlis-majlis tertentu bolehlah dapatkan ilham dari blog..ini..cukup menarik....Pada semua saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN



KLIK SINI UNTUK ILHAM MENARIK -http://www.stylemepretty.com/living/2013/04/30/how-to-style-a-dessert-table-tips-from-amy-atlas/



Chocolate Cake

Vanilla Chocolate Cupcake
Lapis Lengit - dari Norbaini
Kek Kukus Buah dari Zana

Soto Ayam Madura
Coconut Cupcake

Laksa Asam Pulau Penang





4 comments:

ZalinZalina said...

Salam Aidilfitri kak Paty...kat mana kak paty beli candy jar tu ye... TQ bagi idea kat saya yg nak buat open house hari sabtu ni...sama lak citarasa kita :)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Zalin akak beli semua dekat KK Deco..tengah sales...memang berbaloi..macam2saiz dan bentuk ada..kalau ada time elok decorate table to..akak sebab last minit. Akak ada letakkan link boleh tenguk idea..yang lain..SELAMAT HARI RAYA

Kak Nita said...
This comment has been removed by the author.
Kak Nita said...

Salam Kak Paty....
semuanya sedap2 tu...tertarik dengan dessert table tu, anyway thanks for the ideas...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...