Pages

Sunday, September 25, 2016

LASAGNA SOUP



Namanya lasagna soup kerana bahan yang diguna kebanyakkannya adaah bahan membuat lagsana atau spaghetti. Soup ini banyak bermain dengan tomato. Bahan sampingan bergantung kepada selera masing-masing boleh masukkan kentang, carrot, capsicum, jagung dan apa saje yang kita suke, begitu juga dengan jenis pastanya, you can use any pasta, saya guna tie bow pasta saje nak cantik.

Untuk lebih enak tabur parmesen cheese masa menghidang. Sedap makan bersama nasi, baguette atau hirup begitu aje


Lasagna Soup

Ingredients
  • 300 g isi ayam diptng dadu
  • 1 biji cili bengla hijau dipotong dadu
  • 3 biji kentang diptng dadu
  • 3 biji tomato dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 botol kecil sos prego atau kimball
  • 2 sdt Italian seasoning saya guna campuran thyme dan oregano
  • 1/4 sdt pepper
  • 2-1/2 cawan pasta
  • 1/2 cawan shredded Parmesan cheese
  • 2 sdb minyak zaiton
  • 2 helai daun bay



Directions

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan daun bay dan ayam biar seketika sehingga ayam agak empuk
  3. Masukkan kentang, tomato yang didadu dan sos prego gaul rata dan masukkan 2-3 cawan air
  4. Biar atas api sehingga semua bahan agak empuk, tambah air jika perlu
  5. Masukkan garam dan italian seasoning dan cili bengla
  6. Akhir sekali masukkan pasta yang direbus
  7. Biar seketika dan padamkan api
  8. Taburkan cheese semasa menghidang

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    GRILLED MEDITERRANEAN KABOBS



    Lama tak berpinic, baru-baru ni sempena cuti hari Malaysia anak buah ajak family gathering di Port Dickson, jadi kita ikut aje. Katanya malam boleh buat BBQ kerana semua set BBQ disediakan oleh pihak resort, jadi saya pun do my contribution part, saya buat kabob ni la, siap perap dan cucuk dari rumah dan bakar di sana

    Kabobs ini saya banyakkan perasa jintan putih sebab saya memang suka cara begitu Saya sediakan sedikit nasi saffron, salad, hummus dan roti. Semangnya kabobs ini sesuai dijadikan shawarmam so saya bawa sedikit flat bread.


    Chicken Kabobs


    INGREDIENTS


    • 2 sdt paprika 
    • 1 sdt thyme
    • 1 sdt serbuk lada hitam
    • 1 sdb serbuk jintan putih
    • 4-5 dada ayam dipotng dadu
    • 1 bawang holland
    • ½ cawan minyak zaiton
    • 15 bawang putih cincang
    • 1 cawan yogurt
    • 1 biji cili bengla hijau
    • 1 biji cili bengla merah
    • 10 - 15 biji ceri tomato


    INSTRUCTIONS

    1. Satukan semua bahan kecuali bahan untuk dicucuk. Adjust rasa dan perap semalaman
    2. Keluarkan dari fridge, dan cucuk berselang sei dengan cili bengla bawang besar dan ceri tomato
    3. Renjis dengan minyak zaiton dan panggang
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Saturday, September 24, 2016

    COOKING FOR ONE - BROCCOLI SHITAKE


    There are time when we have to eat alone...when facing such situation at home I normally made a simple meal its either bread or rice with vegetables. 

    This Broccoli Shitake is  probably my favorite. Simple fast and healthy and importantly easy to prepare....ha...ha that's the aim...easy meal for home alone



    Broccoli Shitake

    • 1 tbsp olive oil
    • 1 head broccoli, cut into florets
    • 1 garlic clove, chopped
    • 7 shitake mushroom
    • 2 tbsp soy sauce
    • 1 tsp sesame oil
    • ½ lime, juice only
    • salt and freshly ground black pepper


    Method

    1. Heat the olive oil in a wok, add the broccoli and fry for 2-3 minutes, or until starting to soften, then add the garlic and shitake and fry for 1-2 minutes.
    2. Add the soy sauce, sesame oil, lime juice, salt and freshly ground black pepper and fry for 1-2 minutes, or until the broccoli is tender.
    3. To serve, spoon the stir-fry into a bowl and serve as a side dish.



        Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Wednesday, September 21, 2016

        CARA BERLAUK DAGING


        Antara kue Melayu yang menjadi kegemaran saya adalah kue cara berlauk ini....ha ha addictive dan sedar-sedar dah telan beberapa biji. Inti kue cara ini boleh dibuat berbagai cara, boleh guna rempah kari, rempah kurma, mahupun rempah rendang Begitu juga kue ini sesuai untuk ayam, daging atau pun udang. Satu adunan ini boleh menghasilkan 20 biji cara

        Sesuai disajikan ebagai minuman petang ataupun buat sarapan pagi




        Cara Berlauk Daging

        Bahan bahan :

        • 1 cawan tepung gandum
        • 1 biji telur
        •   1 sudu kecil minyak sapi
        • 1/2 sudu kecil garam
        • 2 cawan air
        • sedikit pewarna kuning


        Cara cara :
        Adun semua bahan hingga sebati 

        Bahan Lauk 

        200 gram daging/ayam - dikisar
        2 labu bawang besar- racik halus
        1'halia ditumbuk bersama bawang putih
        3 ulas/biji bawang putih 
        1 paket kecilrempah kari
        2 tangkai daun kari
        garam gula dan perasa secukupnya
        sedikit minyak utk menumis

        Cara cara

        1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
           
        2. Kemudian masukkan rempah kari yang digaul bersama halia dan bawang putih Masukkan juga daun kari
           
        3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging   /ayam  masukkan air   secukupnya hingga daging /ayam masak.
        4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.
        Taburan : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.


        Proses masak cara berlauk:

        1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
           minyak.
        2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
           kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
           daun sup dan cili.
        3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
           1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
           bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
           sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
           boleh la  angkat.

        4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis..

            Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



            Monday, September 19, 2016

            CUCUR LEMAK KENTANG


            Terpandang resipi ini di Resipi.Com, terus jatuh cinta geram nenguknya montel-montel. Semak bahan semua ada terus saya buat minum petang. Macam membuat jemput-jemput lain, jemput-jemput ini memang lembut, susu dan kentang menaikkan kelemakan kepada jemput-jemput ini. 

            Garing diluar dan lembut di dalam itulah tektur jemput-jemput ini. Sesuai buat sarapan atau minum petang.





            Cucur Lemak Kentang

            • 300g tepung gandum
            • 200g kentang,direbus hingga empuk,haluskan
            • 2 sudu teh serbuk penaik
            • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
            • 1/4 sudu teh garam
            • 110g gula kastor
            • 60g mentega,dicairkan
            • 120ml susu cair/susu segar + 2 sudu teh jus limau
            • 2 biji telur M,dipukul rata
            • minyak secukupnya untuk menggoreng

            Cara-cara

            Campur semua bahan kering dalam mangkuk,gaul rata.Buat lubang di tengah,tuangkan mentega cair dan telur sambil digaul hingga rata.


            Tuangkan jus limau dan susu cair/susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul rata.

            Tambahkan kentang halus,gaul hingga sebati.


            Panaskan minyak yg cukup dalam kuali,ambil sedikit doh guna tangan,punjutkan ke dlam minyak panas.Goreng dengan api perlahan hingga kuning kecoklatan.
              Notes


              RECIPE SOURCE:  Resipi.com
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              You Might Also Like These

              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...