Pages

Friday, April 24, 2015

LOMAK UDANG GALAH BERSAMA LABU KUNING


Udang galah selalunya bermusim, kalau bermusim boleh tahan sedikit harganya tapi udang galah sekarang tak macam dahulu, sekarang ini sizenya agak kecil...namun masakkan paling sesuai untuk kalah selain dari goreng dan Chinese style ialah Masak Lomak Cili Padi...perghh..memang hebat.

Jika ada belimbing buluh cukup sesuai dimasukkan sekali, jika tidak labu kuning pun sama enaknya. Manis labau mengimbangi pedas cili,,,ternyata atu kombinasi yang menarik.

5.0 from 1 reviews

PrintMasak Lomak Udang Galah Labu Kuning

  • 1 kg udang galah dibersihkan
  • 1/2 biji labu kuning dibu1ng kulit d1n potong dadu (size sederhana)
  • 1 helai daun kunyit disiat-siat
  • 2 batang serai dititik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan antan cair
  • 1 keping asam keeping
  • Garam, gula perasa secukupnya

Bahan Blend/Tumbuk
  • 25 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • 2” kunyit hidup

Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah

Cara Menyediakannya
  1. Dalam periuk masukkan udang, labu ,serai, daun kunyit, asam keping, santan cair.
  2. Masak sehingga mendidih dan udang separuh masak dan labu agak empuk
  3. Masukkan garam, gula, perasa dan santan pekat
  4. Kacau-kacau supaya tidak bergentel
  5. Masak sehingga udang dan labu cukup masak
  6. Padamkan api dan siap dihidang


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

KUE MANGKOK TAPE SINGKONG / APAM TAPAI UBI


Kalau di Malaysia namanya apam di Indonesia namanya kue mangkok, tape singkong adalah tapai ubi so kalau dalam bahasa kita kuih ini namanya APAM TAPAI UBI, cara penyediaannya sama seperti apam beras dan apam ini sepatutnya mekar tapi entah macam mana mungkin tidak kena dengan tangan saya ia tidak mekar..have to try again.

Rasanya seperti apam beras dan pastinya sedap dimakan bersama kelapa parut putih.

 
5.0 from 1 reviews

PrintKue Mangkok Tape Singkong

125 ml air         
75 g gula
75 g Tepung beras   
1 sdb Tepung gandum
50 g Tape Singkong
1/2 sdt yeast
1/2 sdt baking powder  

  1. Masak air dan gula hingga larut tidak perlu mendidih. Sejukkan suam-suam kuku
  2. Campur tepung beras, tepung gandum dan tape singkong yang sudah dihaluskan. Masukkan air gula suam-suam kuku ke dalam adonan tepung. Kacau hingga tercampur rata
  3. Masukkan ragi instan, kacau rata. Adonan agak sedikit pekat. Diamkan selama 30 minit di tempat yang hangat
  4. Setelah 30 minit adonan agak berbuih, kacau adonan agar buihnya hilang lalu masukkan baking powder kacau kembali.
  5. Siapkan kukusan, pastikan sudah beruap banyak Masukkan adonan ke dalam acuan lompanag. Kukus selama 10 minit.
  6. Angkat dan ajikan bersama kelapa parut putih

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Thursday, April 23, 2015

CENCARU SAMBAL KICAP



Lauk favourite masa zaman sekolah...., suka sekali makan bersama nasi panas. Cukup simple ikan digoreng dan dimakan bersama sambal kicap tetapi really..really satisfying. 

Paling best kalau dapat ikan fresh. Ikan ini tidak perlu digoreng lama-lama bagi mengekalkan kemanisan ikanya.



5.0 from 1 reviews
PrintCencaru Goreng Sambal Kicap
5 - 6 ekor cencaru dibersihkan
garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Panaskan minyak dan goreng ikan. (jangan sampai gareng cukup masak angkat)

Untuk Sambal Kicap
2 biji bawang besar dihiris halus
11 biji cili padi dihiris halus
1 cawan kicap manis
2 biji limau nipis diperah airnya

Gaulkan semua bahan dan adjust rasanya



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

AGAR-AGAR GULA MERAH


Agar-agar evergreen yang masih digemari. Masih ingat lagi zaman sekolah jika ada school party pasti ada agar-agar. Sedap dan mudah membuatnya. Gula Melaka dan santan memang satu kombinasi yang mantap dan cukup harum. Dengan resipi yang sama juga boleh digantikan gula Melaka dengan jus pandan.

Cukup sesuai di musim panas ni dan paling sesuai sebagai sajian pembuka di bulan puasa ini.




Print
5.0 from 1 reviews
Agar-agar Gula Merah
 
  
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
  • 250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air)
  • 1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu
  • Secubit garam

 Bahan bahan air gula:
  • 1/2 liter air (2 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih. Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.

Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.



Recipe Source :- unknown

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

GULAI TULANG NANGKA MUDA



Masakan kampung yang kadang-kadang menjadi hidangan lazat majlis kenduri kahwin. Tulang Daging direbus sehingga empuk dan diasak bersama nangka muda. Untuk resipi kali ini saya masak cara tumis darat. Saya memang suka masak cara tumis darat kerana aromanya yang sungguh enak.





Gulai Tulang Nangka Muda

PrintIngredients

  • 1 kg tulang rebus sehingga empuk simpan stoknya
  • 4 potong nangka dipotong kecil rebus dan tos
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air stok daging
  • 1 paket repah kari Baba's
  • 1 asam keping
  • garam, gula dan perasa secukupnya
  • 1/2 cawan minyak masak

Bahan Tumis

  • 7 ulas bawang merah dihiris halus
  • 5 ulas bawang putih dihiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sdt jintan manis
Instructions

  1. Masukkan taulang, nangka rebus, air stok, santan, rempah kari dan masak atas api
  2. Masukkan asam keping, garam gula dan perasa secukupnya
  3. Masak sehingga mendidih
  4. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga kekuningan
  5. Curahkan bahan tumis ke dalam periuk kari tadi
  6. Adjust rasa dan angkat.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

BUBUR SOM-SOM




Tak kala berpuasa bubur som-som ini selalu menjadi favourite untuk berbuka. Ramuan dan cara membuatnya lebih kurang sama dengan lompat tikam kelatan, tetapi bubur som-som ini lebih popular di bahagian selatan tanah air.

Dimakan bersama sirap gula merah atau israp gula putih, bubur som-som boleh juga dibuat hijau menggunaan air daun pandan. Lemak, manis dan lembut memang esuai buat cuaca panas dan juga sebagai sajian cucu mulut.



Bubur Som Som
  • 2 cawan  tepung beras
  • 3 sudu tepung jagung
  • 2 1/2 cawan santan
  • secubit garam

Caranya:
  1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas bersih.kacau bagi larut dan sebati.tapiskan kedalam periuk.gunakan api yang kecil bagi masak adunan ini..
  2. Masakkan hingga adunan ini tidak lagi melekat dalam periuk..kalau semasa mengacau agak kurang airnya boleh laa ditambah pastikan sentiasa dikacau agar tidak bergentel. 
Air Gula

  • 500 g gula merah
  • 1000 ml air
  • daun pandan

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga menjadi air gula. Tapis dan sejukkan



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Wednesday, April 22, 2015

ASAM PEDAS IKAN PARI


Ikan Pari paling sesuai dimasak asam pedas atau asam rebus. Memang dah lama berhajat asam pedas ikan pari tapi biasa la bila kita berkehendak..ikan pula tak ada. Puas mencari akhirnya terpaksa ke pasar selayang. Untuk resipi kali ini saya buat asam pedas tumis, Memang sedap kerana ikannya fresh.
Print

Asam Pedas Ikan Pari
  • 1/2 kilo ikan pari
  • 7 bendi 
  • 1 ikat daun kesom
  •  1/2 senduk minyak masak
  •  1 cawan air asam jawa garam
  •  gula secukup rasa sedikit pati kube ayam jika suka

 Bahan Tumis
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sdt1 halba

Bahan Blend
  • 25 tangkai cili kering - rendam
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2" belacan 
  • 2" kunyit hidup

Blend semua sehingga halus

Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi
Masukkan bahan blend dan tumis sehingga garing.
Masukkan 2 cawan air ..renehkan seketika
Masukkan ikan dan daun kesom.
Masukkan air asam jawa, garam, gula dan pati kube

Masukkan bendi ,biar sehingga naik minyak dan angkat. 



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Tuesday, April 21, 2015

CINNAMON SUGAR DONUT


Jalan-jalan mencari resipi donut yang lembut....terjumpa resipi ini di kongsireipi, tertarik untuk mencubanya kerana empunya resipi memberi keyakinan bahawa donut ini lembut sehingga keesokkan harinya..so I gave a try..ternyata tepat memang lembut dan gebu tetapi tidak dapat membuktikan bahawa ianya lembut sehingga keesokkan harinya kerana donut habis dan tak sampai keesokkan harinya..ha..ha..sebab memang lembut dan gebu. Keeper...!!! dan terima kasih pada empunya resipi.


PrintCinnamon Sugar Donut
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis kering (mauripan)
  • 1 1/2  sudu besar shortening
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar bread softener
  • 1 sudu kecil donut improver
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan air (tambah atau kurangkan sedikit jika perlu)

 Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan kecuali garam dan air.
  2. Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam.
  4. Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik.
  5. Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  6. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda.
  7. Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut.
  8. Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan.
  9. Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda.
  10. Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam.
  11. Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan.
  12. Saya salutkan dengan gula dan serbuk kayu manis
Recipe Source :- kongsiresipi.com

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

KULIT TEMBOSA RANGGUP


Saya Tembosa Daging atas permintaan kawan yang ingin mengusaha frozen food sempena Ramadan. Saya tertarik dengan recommendation kekawan yang berpuas hati dengan resipi rangup menggunakan campuran tepung gandum, beras dan jagung..jadi saya give a try. 

Alhamdulillah ternyata benar memang ranggup, so entry ini saya cuma share resipi kulitnya yang saya tidak satu sapa empunyanya, harap halalkan..memang keeper resipi ini.



PrintKulit Tembosa Ranggup
  • 250 g tepung gandum*
  • 50 g tepung beras*
  • 45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak
  • 100 g mentega/majerin
  • 130 ml air


Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.


Recipe Source :- unknown

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...