Kata orang tak kenal maka tak cinta..ha...ha ini namanya penyedap...kalau makan dan tak tambah nasi dipinggan bukanla pekasam namanya.....perghhhh saya cukup takut kalau ada yang hidangkan pekasam memang terlajak tambah la jadinya
Ini rezeki dari menantu dari Kedah, pekasam ni memang banyak di sana, tau saya suka so dia belikan, Saya simpan dalam fridge tunggu perfect time and perfect menu.hmmmm, so gandingan mantapnya ialah asam rebus maka selamatlah semalam satu bungkusan.
Bagi baru nak berlajar makan pekasam kena tahu cara menggorengnya, jangan dibasuh dan dibuang hampasnya kerana di situ la kicknya pekasam ini lebih-lebih lagi bila diperah dengan asam limau....mak aii tak tahu nak cakap apa lagi.....ha..ha
- Sepeket ikan pekasam
- 1 biji bawang besar
- 2 biji cili merah potong menyerong
- 4 biji cili api
- Minyak masak
secukupnya
Cara2 :
Bawang besar
dimayang halus. Cili api dopotong dua. Cili merah dipotong menyerongIkan pekasam digoreng di dlm minyak yg
cukup2 je utk masukkan ikan. Ikan tak perlu dibasuh, terus je digoreng dengan
serbuk berasnya sekali. Apabila bahagian bawahnya dah hampir masak,
terbalikkan.
Masukkan bawang besar dan cili api bersama. Ketepikan sikit
ikan untuk memberi ruang menggoreng bawang dan cili api. Bila ikan dan bawang
dah agak garing, bolehlah diangkat dgn minyaknya sekali dan dihidangkan
Notes
RECIPE SOURCE: Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You.