Pages

Saturday, July 02, 2016

ROASTED BRUSSEL SPROUTS AND PUMPKINS



Brussel sprouts ini boleh dikatakan high end vegetables, mahal dan susah untuk mendapatkan. Biasanya dijual di supermarket. Saya kalau berhajat tunggu offer price baru berbaloi. Paling sedap menyediakan brussel sprout ialah memanggangnya. Kali ini saya masukkan carrot dan labu, satu gandingan yang mantop dan menambahkan kemanisan pada hidangan


Roasted Brussel Sprouts


  • 1 paket Brussels sprouts, 
  • 1 batang carrot potong bulat
  • 1/4 labu manis potong dadu
  • 5 sdb olive oil 
  • 1 sdt garam
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam,


Panas oven to 400 degrees F (205 degrees C).
Gaulkan semua bahan dan bakar selama 20 minit
Keluarkan dari oven dan adjust rasa dan hidang














      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


      CARA BERLAUK - MUFFIN STYLE



      Resipi cara berlauk tapi dek kerana malas hendak tunggu saya guna acuan muffin aje, bakar masuk oven,....tu la dia kerja orang malas. Cara ini sedap makan dengan cili sos dan sedap buat minum petang atau sarapan pagi. Saya buat berbuka


      Cara Berlauk

      Bahan untuk adunan tepung:
      • 150 gram tepung gandum
      • 2 biji telur
      • 430 santan 
      • 2 sb buttercup (cairkan dan sejukkan)
      • sedikit garam
      • sedikit pewarna kuning 


      Cara:
      Satukan semua bahan dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.

      Bahan untuk inti:
      • 150 gm Daging kisar 
      • 2 ulas Bawang merah*
      • 3 ulas Bawang putih*
      • 1/2 inci Halia*
      • 2 1/2 sb Rempah kurma
      • Garam
      • Gula
      • Minyak untuk menumis



      racik halus atau tumbuk bahan yg bertanda *

      Cara:
      Tumis bahan yg bertanda * sehingga naik bau, kemudian bubuh rempah kari, tumis sehingga rempah masak. Kemudian bubuh daging.. kecilkan api, biar daging masak perlahan2. Bubuh gula dan garam. Biarkan daging sedikit kering. Siap.

      Bahan utk ditabur atas kuih:
      • Cili merah*
      • Daun bawang*
      • Daun sup*
      • Bawang goreng

        
      Cara buat:



      1. Panaskan acuan kuih dan sapukan dgn sedikit minyak, kemudian tuang adunan tepung sehingga 3/4 penuh (nak senang adunan tepung tu bubuh dlm jug.. so mudah nak tuang ke dlm acuan) 
      2. Kemudian bubuh daging, daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Tutup acuan biar seketika dalam 1,2 minit. 
      3. Kemudian cungkil sedikit kuih dgn sudu kecil.. kalau bahagian bwh dah sedikit garing dan bahagian atas nampak dah masak bolehlah diangkat. Ulangi langkah yg sama sehingga habis. Selamat mencuba.


          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Friday, July 01, 2016

          GORENG PISANG TANDUK BIASA DAN CHEESE


          Tekak orang posa macam-macam hendak....ha...ha...memborong di chow kitt, ternampak pisang tanduk. Beli buat berbuka...masyallah terasa kenikmatannya sehingga nasi tolak tepi dulu. Separuh saya cicah dengan gula dan separuh lagi saya cairkan butter, tabur gula merah dan cheese parut...memang hebat kena pula panas-panas bersama teah tarik, makanya dunia ana yang punya



          Pisang Tanduk Goreng

          Bahan bahan
          • 1 cawan tepung beras
          • 1 sdb  air kapur
          • Secubit garam
          • Serbuk kunyit
          • Sedikit air


          Cara cara:
          1. Sediakan bahan bahannya. Campurkan kesemua bahan  dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan  adunan  menjadi boleh berpaut pada belakang sudu 
          2. Pisang dipotong kecil dan dihiris nipis
            . Buang kulitnya.
          3. Panaskan minyak di dalam kuali sehingga betul betul panas. Celup pisang di dalam adunan tepung. Masukkan dalam minyak panas
          4. Goreng sehingga betul betul garing sebelum dibalik balikkan.
          5. Boleh angkat dan dihidangkan
            Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            IKAN PEKASAM GORENG


            Kata orang tak kenal maka tak cinta..ha...ha ini namanya penyedap...kalau makan dan tak tambah nasi dipinggan bukanla pekasam namanya.....perghhhh saya cukup takut kalau ada yang hidangkan pekasam memang terlajak tambah la jadinya

            Ini rezeki dari menantu dari Kedah, pekasam ni memang banyak di sana, tau saya suka so dia belikan, Saya simpan dalam fridge tunggu perfect time and perfect menu.hmmmm, so gandingan mantapnya ialah asam rebus maka selamatlah semalam satu bungkusan.


            Bagi baru nak berlajar makan pekasam kena tahu cara menggorengnya, jangan dibasuh dan dibuang hampasnya kerana di situ la kicknya pekasam ini lebih-lebih  lagi bila diperah dengan asam limau....mak aii tak tahu nak cakap apa lagi.....ha..ha



            Pekasam Goreng
            • Sepeket ikan pekasam
            • 1 biji bawang besar
            • 2 biji cili merah potong menyerong
            • 4 biji cili api
            • Minyak masak secukupnya


            Cara2 :

            Bawang besar dimayang halus. Cili api dopotong dua. Cili merah dipotong menyerongIkan pekasam digoreng di dlm minyak yg cukup2 je utk masukkan ikan. Ikan tak perlu dibasuh, terus je digoreng dengan serbuk berasnya sekali. Apabila bahagian bawahnya dah hampir masak, terbalikkan.


            Masukkan bawang  besar dan cili api bersama. Ketepikan sikit ikan untuk memberi ruang menggoreng bawang dan cili api. Bila ikan dan bawang dah agak garing, bolehlah diangkat dgn minyaknya sekali dan dihidangkan
              Notes

              RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              ASAM REBUS PARI KELADI


              Again one of my favouritae, susah hendak cari batang keladi ini, kena menyusur pasar chow kitt baru tercapai hajat Biasanya saya masak asam rebus samada tumis darat atau rebus biasa, Kali ini saya masak asam rebus biasa dan masukkan 4 ketul ikan pari. Ikan pari dan asam rebus memang pilihan yang tepat

              Masakan begini sedap dimakan dengan nasi yang agak lembik-lembik sedikit ha...ha tekak laju aje apa lagi kena dengan gelama perkasam memang tersandaq di kerusi






              Asam Rebus Pari Batang Keladi


              • 2 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
              • 3 keping asam keping
              • 4 ketul ikan pari
              • 2 tangkai daun kesum
              • 1 kuntum bunga kantan
              • Garam dan gula secukup rasa
              • Air secukupnya


              Bahan Kisar

              • 5 tangkai cili merah
              • 11 tangkai cili padi merah
              • 4 ulas bawang merah
              • 3 ulas bawang putih
              • 1 labu bawang besar
              • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
              • 1 inci kunyit hidup
              • sedikit belacan



              Cara Memasak

              1. Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
              2. Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
              3. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
              4. Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, ikan pari dan asam keping, gula dan garam.
              5. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasakan.
              6. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api


                Notes


                RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.