Pages

Saturday, July 02, 2016

CARA BERLAUK - MUFFIN STYLE



Resipi cara berlauk tapi dek kerana malas hendak tunggu saya guna acuan muffin aje, bakar masuk oven,....tu la dia kerja orang malas. Cara ini sedap makan dengan cili sos dan sedap buat minum petang atau sarapan pagi. Saya buat berbuka


Cara Berlauk

Bahan untuk adunan tepung:
  • 150 gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 430 santan 
  • 2 sb buttercup (cairkan dan sejukkan)
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning 


Cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.

Bahan untuk inti:
  • 150 gm Daging kisar 
  • 2 ulas Bawang merah*
  • 3 ulas Bawang putih*
  • 1/2 inci Halia*
  • 2 1/2 sb Rempah kurma
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis



racik halus atau tumbuk bahan yg bertanda *

Cara:
Tumis bahan yg bertanda * sehingga naik bau, kemudian bubuh rempah kari, tumis sehingga rempah masak. Kemudian bubuh daging.. kecilkan api, biar daging masak perlahan2. Bubuh gula dan garam. Biarkan daging sedikit kering. Siap.

Bahan utk ditabur atas kuih:
  • Cili merah*
  • Daun bawang*
  • Daun sup*
  • Bawang goreng

  
Cara buat:



  1. Panaskan acuan kuih dan sapukan dgn sedikit minyak, kemudian tuang adunan tepung sehingga 3/4 penuh (nak senang adunan tepung tu bubuh dlm jug.. so mudah nak tuang ke dlm acuan) 
  2. Kemudian bubuh daging, daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Tutup acuan biar seketika dalam 1,2 minit. 
  3. Kemudian cungkil sedikit kuih dgn sudu kecil.. kalau bahagian bwh dah sedikit garing dan bahagian atas nampak dah masak bolehlah diangkat. Ulangi langkah yg sama sehingga habis. Selamat mencuba.


      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment