Pages

Sunday, April 12, 2015

MELTING CHEESE RECIPE III


Melting Cheese ini masih lagi menjadi kegemaran. Ini resipi yang ketiga saya mencubanya. Resipi pertama menggunakan sponge kek, resipi kedua mengguna slice cheese dan yangketiga ini adaptasi dari mybaking workhop mengguna cream cheese, Cara membuat lebih kurang sama. Apa pun jika kita berniaga maka kita boleh memberi pilihan kepada customer.,,untuk yang bajet boleh menggunakan resipi sponge kek dan kalau customer mahukan premier ingredients maka resipi II dan III cukup sesuai.

Melting Cheese

Bahan A
300ml susu segar
200g cream cheese
100g butter

Bahan B
4 biji kuning telur

Bahan C
100g tepung gandum

Bahan D
4 biji putih telur
100g gula halus

Bahan E
1 sk esen vanila
1 sk jus lemon

Cara2 membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.

Dalam periuk, guna api perlahan panaskan susu dari bahan A. Masukkan cream cheese, gaul hingga cheese cair. Masukkan pula butter, gaul rata. Ketepikan.

Pukul bahan B hingga kembang. Masukkan adunan cheese tadi (langkah 2) & gaul hingga sebati. Masukkan pula bahan C sedikit demi sedikit & pukul sebati. Gaul hingga adunan tidak berketul-ketul.

Kemudian, pukul pula bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan hingga sebati dengan adunan cheese tadi (langkah 3).

Masukkan bahan E, gaul rata.

Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 1 jam atau hingga kek masak guna teknik water bath.

Biarkan kek lekang pada tepi2 loyang baru keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack & potong rata kepada dua lapisan.

Topping:

250g cream cheese, suhu bilik
120g susu pekat manis (saya guna 110g)
50ml uht whipping cream (saya guna 70ml)
# 250g cheddar cheese, untuk ditabur

Cara2 membuatnya:

Satukan semua bahan2 topping kecuali yang bertanda # dalam mangkuk pengadun.

Pukul semua bahan hingga sebati. Pukul sekejap sahaja, tak perlu sampai kembang.

Cara2 melapis kek:

Sediakan pinggan yang rata. Letakkan satu laipsan kek atasnya. Tuang sedikit adunan topping & taburkan sedikit parutan cheddar cheese.

Letakkan lagi satu lapisan kek atasnya. Tuang atau sapu kemas baki topping tadi & hiaskan dengan parutan cheddar cheese. Kek ini sedap dimakan jika sejuk.



@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...