Agar-agar evergreen yang masih digemari. Masih ingat lagi zaman sekolah jika ada school party pasti ada agar-agar. Sedap dan mudah membuatnya. Gula Melaka dan santan memang satu kombinasi yang mantap dan cukup harum. Dengan resipi yang sama juga boleh digantikan gula Melaka dengan jus pandan.
Cukup sesuai di musim panas ni dan paling sesuai sebagai sajian pembuka di bulan puasa ini.
Agar-agar Gula Merah
- 10 gram serbuk agar-agar
- 1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
- 250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air)
- 1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu
- Secubit garam
Bahan bahan air gula:
- 1/2 liter air (2 cawan)
- 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
- 1/4 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara:
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2
cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah
siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.
Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk
agar agar sehingga mendidih. Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan
sentiasalah di kacau hingga didih.
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur
dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.
Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit
atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil
dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk
sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air.
Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di
dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.
Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan
menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan
santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak
kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari
periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.
Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti
santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit
berbanding dengan bahagian bawahnya.
Recipe Source :- unknown
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You
No comments:
Post a Comment