Pages

Monday, April 20, 2015

DAGING MERAH THAI


Biasanya kalau kita makan di Restoran Thai dan minta menu lengkap pastinya daging merah Thai ini tidak akan ketinggalan. Lauk ini merupakan gandingan mantap untuk dimakan bersama Tom Yum dan menu Thai lain. Membuatnya mudah tetapi kalau gagal menghasailkan daging yang lembut akan menyebabkan lauk ini kurang enak, so penting daging direbus dengan pressure cooker.

Bahan-bahan lain bergantung pada selera kita, boleh dimasukkan cili bangla, jagung muda ataupun carrot.


Daging Merah Thai
  • 1/2 kg daging.
  • 2 cawan air rebusan daging.


Rebus daging sehingga empuk, masukkan sedikit pewarna merah.
Simpan 2 cawan air rebusan daging

Untuk Dikisar dan Tumis:
  • 2 biji bawang labu merah sederhana besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 2 sudu besar cili kisar.


Bahan-bahan untuk penyediaan sos.
  • 1/4 cawan sos tomato.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu kecil sos kicap ikan.
  • 1 sudu besar perahan jus limau nipis.
  • 3 helai daun limau purut dibuang tulang tengah.
  •  gula, garam secukup rasa.
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air.  Kalau kuah nak banyak

Untuk hiasan:
2 biji bawang labu sederhana besar dipotong wedges / bulat.
1 tangkai cili hijau/merah / cili padi.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Daging yg telah rebus empuk, dihiris.
2. Masukkan minyak dalam kuali panas, tumis bahan kisaran sehingga pecah minyak sama seperti sambal tumis.
3. Masukkan sos cili, tomato dan tiram. Sekiranya kuah nak banyak sikit masukkan stok daging. bila mendidih tambah air bancuhan jagung.
4. Masukkan daun limau purut, hirisan bawang, tomoto atau apa saja anda suka sayuran seperti lada benggala juga boleh.
5. Masukkan jus limau, rasa manis ( kalau pedas tambah gula), asin (tambah sos kicap ikan) dan keasaman, Bila semua ok..keluarkan dan hidang. Mudah.


@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...