Pages

Tuesday, February 11, 2014

MALAYSIAN MALAY MANGGO CHUTNEY / PAJERI NENAS


Pajeri Mangga ini terdapat berbagai variasinya..ada yang menggunakan santan dan ada tidak. Menariknya Pajeri Mangga atau Mango Chutney versi Melayu Malaysia memang berbeza dengan versi India...versi Melayu menggunakan rempah kari dan kuahnya agak pekat dan kemerahan disamping menggunakan kerisik.Untuk resipi ini saya masukkan sedikit udang kering yang diblendkan bersama bahan-bahan penumbuk dan tidak lupa juga saya masukkan cuka dan gula untuk seimbangkan rasa masam manga.. Sedap dimakan bersama kari, nasi panas dan ikan masin.

Pajeri Nenas


2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } Bahan2 ini ditumbuk atau dikisar halus
1 cm halia }
1 paket kecil rempah kari
2 sudu besar udang kering ~ dikisar dgn bwg2)
2 sudu makan kerisik
1  1/2 cawan air
1/4 cawan cuka
4 biji mangga telur (yang masih muda)
2 sudu besar gula
Sedikit minyak untuk menumis
Belahan cili hijau atau cili padi.
Garam dan gula secukupnya.

Cara-caranya:

Mangga telur hendaklah dikupas kulitnya. Cucuk-cucukkan mangga tersebut dengan garpu. Ini ialah untuk membuangkan sedikit masamnya dan membolehkan kuah paceri meresap ke dalam buah tersebut. 

Panaskan minyak anggaran 1/2 cawan

Setelah minyak panas, tumiskan bahan penumis hingga wangi.

asukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan digaul dengan rempah kari dan udang kering. Tumis sehingga agak garing dan masukkan setengah cawan air.

Masukkan kerisik, garam, cuka  dan gula dan kacau sehingga mendidih.

Selepas itu barulah dimasukkan mangga yang telah dicelur tadi.


Masukkan baki air mengikut kepekatan yang diingini.

Rasakan garam dan gulanya sekali lagi. Lauk ini perlu dilebihkan gula bagi menyeimbangkan rasa masam buah mangga. Selepas mendidih bolehlah ditutupkan apinya.  

Masukkan Cili hijau atau cili padi.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...