Thank God I'm back...I thought my daughter Eyba's Rainbow cake would be my last blogging, I had a chronic gastristis and was warded for three days...my goodness it was a terrible pain. I learnt my lesson...it's important to take your meal on time and must be very careful in any medication you took. Lucky all that happened during the school holiday...alhamdulillah..i'm ok now and still resting.
This entry has been hanging for more then a week. Talam Permata Delima is our Malaysian favourite local "kuih", this is a new era "kuih talam"..the tradition one is simple and plain, I just made a little twist with the tradition version. This "kuih talam" is very interesting once you know the technique and the right measurement the sky is the limits for for any variations to it. For this "kuih Talam I mixed the big and small pearl sago, coloured the sago red and it looks like ruby stone in your "kuih talam". The texture is soft, creamy and definitely fantastic for tea.
TALAM PERMATA DELIMA
Steaming Time – 60 minutes
Ingredients
Basic Kuih Talam Recipe
Bottom Layer
1 1/2 cup rice flour / 1 1/2cawan tepung beras
2-3 tbsp tapioca flour / 2-3 sdb tepung ubi
1/2 cup sugar / 1/2 cawan gula
2 cups coconut milk / 2 cawan santan
1 cup water / 1 cawan air.
Boil water and sugar until sugar dissolve. Set aside / Masak gula dan air sehingga gula hancur dan sejukkan
Combine all ingredients, sieve and pour into steaming try...steam for 20 minutes / Satukan semua bahan, tapis dan tuang dalam loyang..kukus selama 20 minit.
Cook's Note
This is the basic ingredients for the bottom layer talam. If you plan to add flavour to your kuih talam then you can add 1 cup of any ingredients you wish to add. In this recipes I added I cup of cooked large red pearl sago and 1/2 cup of cooked small green sago. To ensure the sago scattered evenly I cooked the batter first for 10 minutes until steam appeared and then pour into the tray and steam for another 20 minutes/ Ini adalah resipi asas kuih talam yang saya gunakan. Sukatanya cantik...tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Dengan resipi asas anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menambahkan flavornya. Biasanya untuk flavour saya masukkan sukatan 1 cawan..contohnya kalau hendak letak jagung manis blend 1 cawan jagung manis...atau kalau hendak letak kacang merah blend 1 cawan kacang merah...macam..macam boleh diletakkan cendol....nangka ..keladi dan apa saje..begitu juga dengan warnanya semua bergantung kepada citarasa dan pilihan anda. Pling penting sukatanya. Sukatan ini memang sesuai. Untuk resipi ini saya letakkan 1 cawan sago mata besar syang sudah masak dan 1/2 cawan sago kecil yang sudah masak. Untuk pastikan sago dan bahan tambahan dilapisan bawah ini sekata masak adunan bawah dahulu. Masaka sehingga naik wap baru tuang dalam loyang dan kukus. Insyallah cantik jadi talam anda.
Lapisan Atas / Top Layer
2-3 eggs / 2-3 biji telur
3 cups coocnut milk / 3 cawan santan
11/4 cup flour / 1 1/4cawan tepung
2 tbsp mung bean flour / 2 sdb tepung hong kue
3/4 cup sugar / 3/4 cawan gula
colouring / perwarna.
Combine all ingredients..cook over low heat for 10 minutes until steam surface and pour over the cooked bottom layer...steam for another 20 minutes / Satukan semua bahan tapis dan masak sehingga naik wap dan tuang ke atas bahagian atas dan kukus selama 20 minit dan sehingga masak.
Untuk mendapatkan permukaan yang cantik dan lincin biasanya saya buka tudung kukusan dan biarkan kuih tu dikukus selama 10 minit tanpa penutup...ini supaya tiada titisan air dan wap pada bahagian atas kuih kering dan cantik.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...akhirnya dapat saya berblogging kembali...fikirkan kek rainbow Eyba' tu adalah blogging saya yang terakhir tetapi syukurlah semua berjalan lancar. Saya dimasukkan ke wad kerana chronic gastric memang sakit betul sampai tangkap lulu hati...mulanya saya fikir saya sudah diserang sakit jantung...sampai tak bernafas dibuatnya...sakit yang teramat sangat. Itulah ya pengajaran buat saya makan kena tepat pada waktu dan bila memakan ubat kena ikut syarat yang ditetapkan perut jangan kosong kalau hendak makan ubat. Serius arahan doktor ini jangan dibuat main-main...rupa-rupanya itulah akibatnya kalau tidak mematuhi arahan permakanan ubat. Rasa hendak tercabut nyaw dibuatnya. Nasib baik semuanya terjadi semasa cuti sekolah.
Resipi Talam Delima ini dah terbengkalai lebih dari seminggu...yalah tuanya dah masuk hospital. Kuih Talam ini simple aje saya menggunakan resipi asas talam dan masukkan sago mata besar yang siap masak. Sago ini boleh didapti di TESCO...biasanyadijual dengan dua warna...hijau atau merah. Di atas saya huraikan tips-tips untuk mendapatkan kuih talam yang cantik dan lincin permukaanya. Biasanya saya menggunakan resipi asas ini sahaja dan pelbagaikan dengan bahan-bahan lain..insyalllah cantik jadi talamnya.
26 comments:
Assalamualaikum Kak Paty
Patutlah tak de entry rupe KP kurang sihat....sy doakan KP cepat2 sembuh dan kembali berblogging spt biasa ye. I miss your postings.
Take care KP.
cantiknyaaaa...nakkk!!!
Salam Nur....posting dalam folder akak masih banyak belum update...so kena ligan.....insyallah sekarang dah ok sedikit bolehlah akak pelan-pelan muatkan.
Salam Ghee...bestkan kuih talam kita nie...macam-macam boleh kita warnakan....hem..sedap memang sedap...tapi awas kuih macam ni tak boleh makan selalu.....sebab tu resipi akak ni akak kurengkan gula
salam kak..
sedapnya!!!
Assalam Kak Paty,
nak dapat sukatan yang cantik tu yang susah sikit, memang kena sukat betul2 supaya sedang2 jadinya...jadi sedap aje dimakan.
Aslmkum k.Paty. moga k.Paty cepat semboh dan jaga waktu mkn.sakit gastrik kalau menyerang mmg sakit sgtkan...mak sypun ada sakit gastrik...punca waktu makan tak menentu.skrg mak mmg tak boleh lewat mkn..
menarik talam permata k.Paty...mudah guna sago dah siap.
Assalamualaikum kak Paty,
Wah kak seram pula baca cita u nie!! cos I'm one of them..kalau mkn ubat ikut rentak sendiri...actually mesti nk ikut doctor's advise...kalau tk susah nanti...sykur akak dh pulih.
Itu talam sgt cantik dh buat kecur aja bila tengok...kalau guna tepung hoen kwee past enak dong!
Assalamualaikum kak,
Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada akak...take a good rest...ramai yang memerlukan kehadiran akak dan paling utama, sayang akak
Salam Amie....sukatan ni memang ok ...akak dah try untuk beberapa variasi...ia tak keras tak lembut...ngam2 cantik dan terletak. Try sekali pasti happy dengan sukatan ini.
Salam Nur...thanks...ya..memang perit sangat..akak selalu makan tidak ikut time dan ubat pula main ikut dan aje....mengelupur jadinya. Penting ikut peraturan dan perut jangan sekali kosong.
Salam Mamsya...itulah dia pengajaran buat akak...akak ni kalau dah kerja selalu skipped lunch...bab makan buukanya banyak atau sikit tetapi timingnya penting...so sekarang akak spare oats aje dalam beg.
Salam umi...thanks ya for your concern...sekali kena serik rasanya dan kali ini akak akan berhati-hati bab ubat dan time makan. Insyallah
Salam kak paty! kuih talam mmg peberet kita, nanti masuk list jugak kalau cukup bhn, sedap betul kuih talam! dulu2 kita tak minat sgt dgn kuih2 mcm nii tp sejak2 duk jauh ni sume2 kita nak makan n cuba buat :D
patut la senyap je kak...nasib baik dah o.k...saya pun takut kalau makan lambat lepas tu kalau nak makan ubat mesti kena telan jugak apa2 makanan wlaaupun malaas...hehehe
tengok kuih akak ni baru teringat nak beli sagu warna2 ni...nanti nak cari la...:)
Salam windu kak Paty!! patutla dapur akak sepi jer rupanya akak tak sihat yer. harap cepat baik yer.jgn lupa mkn obat kalau sakit k.
sedapnya tgk kuih talam ni...lum cuba lagi ni.
Kak Paty,
patut lama tak de n3 ghuper nya warded yer..lepas nih kena jaga makan time laa kak.
suka penerangan akak psl kuih talam gini..boleh dicuba...makasih yer kak take care...
Kakkkkkkkk...cntiknya talam permata kak ni...mesti lemak berkrim tu kan...sdpnya...nti bleh la try ni...
Salam Ija....hem akak guna resipi basic dan pelbagaikan guna sago yang siap rebus aje...suka try berbagai cara.
Salam Iera....apa khabar...kuih tradisi kita memang bestkan...akak cuma olah sedikit bagi sedap mata memandang
Salam Quinnie gi kat tesco dah siap masak...kacau dengan adunan aje..mudah tak yah rebus2
Salam Nieza...tulah enjin lama....kalau tak jaga rosak selalu..tulah akak ni memang degil sedikit dah kena macam ni separuh mati baru berjaga-jaga sedikit. Talam ni lebih kurang talam kacang merah pandan yang Nieza buat...cuma rupanya aje lain sedikit.
Salam Kak Asma...dalam dunia pembikinan talam ni bukan semua menjadi kadang-kadang meragam juga...saya cuma share setengah pengalaman yang saya lalui. Hajat hati ini hendak juga berguru dengan Chef Asma....tapi masa belum mengizin lagi...nanti kut insyallah satu hari hendak juga berlajar buat talam secara pro....
Salam Maz........akakkan peminat talam...berlajar-berlajar mengolah resipi yang ada aje...of course lemak kuih kita banyak guna santan
I'm glad that you are back and feeling better. Please take care of yourself my friend :)
Salam Muna and thanks for your concern.I had an irritation in my tummy so I took pain killer with empty stomach and that's how it began....sprawling in pain...the impact was terrible. Alhamdulillah after treatment I'm ok now and have to ensure that I take my meal on time and my tummy is not empty before taking any medication. Yeah a good lesson for me.
Post a Comment