Pages

Wednesday, March 21, 2012

I'M BACK WITH TALAM PERMATA DELIMA


Thank God I'm back...I thought my daughter Eyba's Rainbow cake would be my last blogging, I had a chronic gastristis and was warded for three days...my goodness it was a terrible pain. I learnt my lesson...it's important to take your meal on time and must be very careful in any medication you took. Lucky all that happened during the school holiday...alhamdulillah..i'm ok now and still resting.

This entry has been hanging for more then a week. Talam Permata Delima is our Malaysian favourite local "kuih", this is a new era "kuih talam"..the tradition one is simple and plain, I just made a little twist with the tradition version. This "kuih talam" is very interesting once you know the technique and the right measurement the sky is the limits for for any variations to it. For  this "kuih Talam I mixed the big and small pearl sago,  coloured the sago red and it looks like ruby stone in your "kuih talam". The texture is soft, creamy and definitely fantastic for tea.


Lapisan Atas / Top Layer


2-3 eggs / 2-3 biji telur
3 cups coocnut milk / 3 cawan santan
11/4 cup flour / 1 1/4cawan tepung
2 tbsp mung bean flour / 2 sdb tepung hong kue
3/4 cup sugar / 3/4 cawan gula
colouring / perwarna.

Combine all ingredients..cook over low heat for 10 minutes until steam surface and pour over the cooked bottom layer...steam for another 20 minutes / Satukan semua bahan tapis dan masak sehingga naik wap dan tuang ke atas bahagian atas dan kukus selama 20 minit dan sehingga masak.

Untuk mendapatkan permukaan yang cantik dan lincin biasanya saya buka tudung kukusan dan biarkan kuih tu dikukus selama 10 minit tanpa penutup...ini supaya tiada titisan air dan wap pada bahagian atas kuih kering dan cantik.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...akhirnya dapat saya berblogging kembali...fikirkan kek rainbow Eyba' tu adalah blogging saya yang terakhir tetapi syukurlah semua berjalan lancar. Saya dimasukkan ke wad kerana  chronic gastric  memang sakit betul sampai tangkap lulu hati...mulanya saya fikir saya sudah diserang sakit jantung...sampai tak bernafas dibuatnya...sakit yang teramat sangat.  Itulah ya pengajaran buat saya makan kena tepat pada waktu dan bila memakan ubat kena ikut syarat yang ditetapkan  perut jangan kosong kalau hendak makan ubat. Serius arahan doktor ini jangan dibuat main-main...rupa-rupanya itulah akibatnya kalau tidak mematuhi arahan permakanan ubat. Rasa hendak tercabut nyaw dibuatnya. Nasib baik semuanya terjadi semasa cuti sekolah.

Resipi Talam Delima ini dah terbengkalai lebih dari seminggu...yalah tuanya dah masuk hospital. Kuih Talam ini simple aje saya menggunakan resipi asas talam dan masukkan sago mata besar yang siap masak. Sago ini boleh didapti di TESCO...biasanyadijual dengan dua warna...hijau atau merah. Di atas saya huraikan tips-tips untuk mendapatkan kuih talam yang cantik dan lincin permukaanya. Biasanya saya menggunakan resipi asas ini sahaja dan pelbagaikan dengan bahan-bahan lain..insyalllah cantik jadi talamnya.

26 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Paty

    Patutlah tak de entry rupe KP kurang sihat....sy doakan KP cepat2 sembuh dan kembali berblogging spt biasa ye. I miss your postings.

    Take care KP.

    ReplyDelete
  2. Salam Nur....posting dalam folder akak masih banyak belum update...so kena ligan.....insyallah sekarang dah ok sedikit bolehlah akak pelan-pelan muatkan.

    ReplyDelete
  3. Salam Ghee...bestkan kuih talam kita nie...macam-macam boleh kita warnakan....hem..sedap memang sedap...tapi awas kuih macam ni tak boleh makan selalu.....sebab tu resipi akak ni akak kurengkan gula

    ReplyDelete
  4. Assalam Kak Paty,
    nak dapat sukatan yang cantik tu yang susah sikit, memang kena sukat betul2 supaya sedang2 jadinya...jadi sedap aje dimakan.

    ReplyDelete
  5. Aslmkum k.Paty. moga k.Paty cepat semboh dan jaga waktu mkn.sakit gastrik kalau menyerang mmg sakit sgtkan...mak sypun ada sakit gastrik...punca waktu makan tak menentu.skrg mak mmg tak boleh lewat mkn..
    menarik talam permata k.Paty...mudah guna sago dah siap.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak Paty,

    Wah kak seram pula baca cita u nie!! cos I'm one of them..kalau mkn ubat ikut rentak sendiri...actually mesti nk ikut doctor's advise...kalau tk susah nanti...sykur akak dh pulih.

    Itu talam sgt cantik dh buat kecur aja bila tengok...kalau guna tepung hoen kwee past enak dong!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak,
    Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada akak...take a good rest...ramai yang memerlukan kehadiran akak dan paling utama, sayang akak

    ReplyDelete
  8. Salam Amie....sukatan ni memang ok ...akak dah try untuk beberapa variasi...ia tak keras tak lembut...ngam2 cantik dan terletak. Try sekali pasti happy dengan sukatan ini.

    ReplyDelete
  9. Salam Nur...thanks...ya..memang perit sangat..akak selalu makan tidak ikut time dan ubat pula main ikut dan aje....mengelupur jadinya. Penting ikut peraturan dan perut jangan sekali kosong.

    ReplyDelete
  10. Salam Mamsya...itulah dia pengajaran buat akak...akak ni kalau dah kerja selalu skipped lunch...bab makan buukanya banyak atau sikit tetapi timingnya penting...so sekarang akak spare oats aje dalam beg.

    ReplyDelete
  11. Salam umi...thanks ya for your concern...sekali kena serik rasanya dan kali ini akak akan berhati-hati bab ubat dan time makan. Insyallah

    ReplyDelete
  12. Salam kak paty! kuih talam mmg peberet kita, nanti masuk list jugak kalau cukup bhn, sedap betul kuih talam! dulu2 kita tak minat sgt dgn kuih2 mcm nii tp sejak2 duk jauh ni sume2 kita nak makan n cuba buat :D

    ReplyDelete
  13. patut la senyap je kak...nasib baik dah o.k...saya pun takut kalau makan lambat lepas tu kalau nak makan ubat mesti kena telan jugak apa2 makanan wlaaupun malaas...hehehe

    tengok kuih akak ni baru teringat nak beli sagu warna2 ni...nanti nak cari la...:)

    ReplyDelete
  14. Salam windu kak Paty!! patutla dapur akak sepi jer rupanya akak tak sihat yer. harap cepat baik yer.jgn lupa mkn obat kalau sakit k.

    sedapnya tgk kuih talam ni...lum cuba lagi ni.

    ReplyDelete
  15. Kak Paty,

    patut lama tak de n3 ghuper nya warded yer..lepas nih kena jaga makan time laa kak.

    suka penerangan akak psl kuih talam gini..boleh dicuba...makasih yer kak take care...

    ReplyDelete
  16. Kakkkkkkkk...cntiknya talam permata kak ni...mesti lemak berkrim tu kan...sdpnya...nti bleh la try ni...

    ReplyDelete
  17. Salam Ija....hem akak guna resipi basic dan pelbagaikan guna sago yang siap rebus aje...suka try berbagai cara.

    ReplyDelete
  18. Salam Iera....apa khabar...kuih tradisi kita memang bestkan...akak cuma olah sedikit bagi sedap mata memandang

    ReplyDelete
  19. Salam Quinnie gi kat tesco dah siap masak...kacau dengan adunan aje..mudah tak yah rebus2

    ReplyDelete
  20. Salam Nieza...tulah enjin lama....kalau tak jaga rosak selalu..tulah akak ni memang degil sedikit dah kena macam ni separuh mati baru berjaga-jaga sedikit. Talam ni lebih kurang talam kacang merah pandan yang Nieza buat...cuma rupanya aje lain sedikit.

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Asma...dalam dunia pembikinan talam ni bukan semua menjadi kadang-kadang meragam juga...saya cuma share setengah pengalaman yang saya lalui. Hajat hati ini hendak juga berguru dengan Chef Asma....tapi masa belum mengizin lagi...nanti kut insyallah satu hari hendak juga berlajar buat talam secara pro....

    ReplyDelete
  22. Salam Maz........akakkan peminat talam...berlajar-berlajar mengolah resipi yang ada aje...of course lemak kuih kita banyak guna santan

    ReplyDelete
  23. I'm glad that you are back and feeling better. Please take care of yourself my friend :)

    ReplyDelete
  24. Salam Muna and thanks for your concern.I had an irritation in my tummy so I took pain killer with empty stomach and that's how it began....sprawling in pain...the impact was terrible. Alhamdulillah after treatment I'm ok now and have to ensure that I take my meal on time and my tummy is not empty before taking any medication. Yeah a good lesson for me.

    ReplyDelete