Kue dadar biasa tapi intinya saya olah menggunakan kelapa parut dan isi nangka. Kebetulan saya membuat inti kue Putri Mandi Indonesia dan terdapat oebihan inti ini makanya saya buat kuit dadar. Nyata satu cubaan berbaloi kerana inti kelapa nangka memang lemak dan sedap untuk dadar ini ta caye jom cuba.
Dadar Inti Kelapa Nangka
Bahan Kulit [batter] :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air jus pandan / air biasa if nak letak pewarna lain
- 1/2 cawan santan/susu segar
- 1 biji telur
- beberapa titik pewarna hijau atau pewarna kesukaan
- secubit garam
Cara :
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Tapis jika perlu. blend je semua bhn dlm blender
- Panaskan kuali non stik dan lengser sedikit minyak.
- Ambil sesenduk bancuhan dan tuang ke dalam kuali dan ratakan agar kulitnya tidak terlalu tebal.
- Letakkan sedikit inti yg disukai dan gulung kuih ketayap dengan kemas. Sedia untuk dihidang.
Inti kelapa:
- 250 g biji kelapa parut muda
- 200 g nangka dipotong dadu halus
- 100 g gula
- 2 sdb tepung jagung
- 1. Kukus semua bahan selama 30 minit angkat kacau2 dan sejukkan
Notes
No comments:
Post a Comment