Pages

Sunday, September 25, 2016

LASAGNA SOUP



Namanya lasagna soup kerana bahan yang diguna kebanyakkannya adaah bahan membuat lagsana atau spaghetti. Soup ini banyak bermain dengan tomato. Bahan sampingan bergantung kepada selera masing-masing boleh masukkan kentang, carrot, capsicum, jagung dan apa saje yang kita suke, begitu juga dengan jenis pastanya, you can use any pasta, saya guna tie bow pasta saje nak cantik.

Untuk lebih enak tabur parmesen cheese masa menghidang. Sedap makan bersama nasi, baguette atau hirup begitu aje


Lasagna Soup

Ingredients
  • 300 g isi ayam diptng dadu
  • 1 biji cili bengla hijau dipotong dadu
  • 3 biji kentang diptng dadu
  • 3 biji tomato dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 botol kecil sos prego atau kimball
  • 2 sdt Italian seasoning saya guna campuran thyme dan oregano
  • 1/4 sdt pepper
  • 2-1/2 cawan pasta
  • 1/2 cawan shredded Parmesan cheese
  • 2 sdb minyak zaiton
  • 2 helai daun bay



Directions

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan daun bay dan ayam biar seketika sehingga ayam agak empuk
  3. Masukkan kentang, tomato yang didadu dan sos prego gaul rata dan masukkan 2-3 cawan air
  4. Biar atas api sehingga semua bahan agak empuk, tambah air jika perlu
  5. Masukkan garam dan italian seasoning dan cili bengla
  6. Akhir sekali masukkan pasta yang direbus
  7. Biar seketika dan padamkan api
  8. Taburkan cheese semasa menghidang

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...