Pages

Saturday, September 20, 2014

STEAM CHICKEN RICE - THE HAINANESE STYLE


Hari ini saya sediakan Nasi Ayam Kukus Hainan Style untuk anak-anak yang akan pulang ke Universiti dan Asrama. Cuti semester dan cuti sekolah sudah selesai..so layan kehendak mereka. Resipi ini adalah resipi saya setelah menikmati berbagai Nasi Ayam di luar dan diolah mengikut citarasa saya. Paling saya suka jenis kukus ini kerana ia lebih sihat dan mudah menyediakan.

Banyak step yang perlu dilalui dari nasi, sos, ayam dan cili, semuanya saya perincikan dalam resipi ini. Untuk mendapatkan nasi ayam hainan yang asli..elak menggunakan rempah ratus kerana rasa dan aromanya akan lari. Cuba resipi ini insyallah hasilnya hampir dengan The Chicken Rice Shop..insyallah






Nasi Ayam Kukus

Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam biar seekor
  • 2" halia dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5-7 akar daun bawang eberish pangkal akar
  • 1 basin ais batu
  • Air rebusan secukupnya


Cara Menyediakanya

  1. Masak air dalam periuk secukupnya sehingga boleh menutupi ayam
  2. Masukkan semua bahan dan rebus ayam sehingga empuk
  3. Angkat dan rendamkan ayam ke dalam air batu seketika
  4. Angkat dan keringkan ayam biasanya digantung
Untuk Nasinya

  • 4 cawan beras dibersihkan dan ditoskan
  • 4 cawan air rebusan ayam tadi
  • 2" halia ditumbuk bersama bawang putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 helai daun pandan
  • 3-4 akar daun bawang
  • 2-3 sdb margerine/minyak
  • 1/2 kube pati ayam

Cara Menyediakannya



  1. Panaskan margerine dan tumis bahan tumbuk.
  2. Masukkan daun pandan.
  3. Biar seketika dan masukkan beras
  4. Gaul rata dan masukkan air rebusan ayam, kube pati ayam dan akar daun bawang
  5. Masak sehingga nasi kering

Untuk Supnya

Baki air rebusan ayam dimasukkan 1/2 pati kube ayam dan garam secukup rasa

Untuk Sos Kicap

  1. 1 cawan sos tiram
  2. 1/2 cawan air stok ayam
  3. 3-4 titik minyak bijan
  4. 1/2 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1 sdb air
  5. sedikit lemak ayam


Cara menyediakannya
  1. lemak ayam dicairkan atas api
  2. Masukkan sos tiram, kicap cair dan air stok ayam
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan titik sedikit minyak bijan biar pekat sedikit dan angkat


Untuk Cili Sambal
  • 11 cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 2 hirisan halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 2-3 limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakannya

  1. Blend semua bahan kecuali limau kasturi sehingga halus
  2. Perah air limau kasturi dan masukkan garam dan gula secukup rasa


Cara menghidang Nasi Ayam

  1. Ayam yang dikeringkan tadi dihiris mengikut saiz kesukaan masing-masing
  2. Curahkan sos kicap atas ayam.
  3. Hiris Timun dan kalau suka tomato dan daun salad
  4. Hidang Nasi ayam bersama sambal cili dan sup


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...