Tomato Beef Stew |
It's 17 Ramadan, 17 days of fasting, well I'm HOME ALONE, I had my "buka puasa" alone today. My children have their "buka puasa" with friends outside. I made beef stew ate with toasted french loaf. It's been a while I haven't made beef stew...OMG really satisfying. Would be much better if I could have Naan Bread. As for dessert I made Vanilla Banana Pudding a custard like pudding with banana. Drink of the day was Honey Dew Drinks
Ingredients
Directions
_______________________________________________________________
HOME ALONE.....ha..ha... bukan movie tu tapi saya hari ini buka puasa sendirian. Anak-anak cuti sekolah semua buka puasa dengan kekawan di luar. Jadi hari ini makan roti aje, saya buat stew daging makan dengan roti Perancis bakar. Cukup mengenyangkan. Lama sudah tidak buat stew ini terasa teringin pula. Masaknya lebih kurang macam masak sup aje, cuma daging ditumis bersama tepung untuk memekat stew. Stew sedap masak sama ada pakai slow cooker atau pressure cooker kerana daging dalam stew mesti benar-benar empuk.
Seperti sup saya masukkan baby carrot, kentang dan celery. Boleh juga gunakan 2 sdb rempah soup kalau suka. Untuk resipi ini saya masukkan 1 cawan tomato soup untuk menambahkan kemanisan pada stew. Mantap kalau digandingkan dengan sebarang jenis roti. Jangan lupa taburkan bawang goreng dan daun bawang daun sup semasa menghidangnya.
Untuk pencuci mulut pula saya sediakan vanilla banana pudding... pudding ini mudah main kacau aje atas api. Minuman pula saya blend aje honey dew sayang tenguk buah tu tergolek-golek di dapur. Alhamdulillah ringkas, mudah dan mengenyangkan menu berbuka hari ini - AMIN.
Next Post - Vanilla Banana Pudding.
__________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment