Pages

Tuesday, October 10, 2017

AYAM HALIA THAI


Lauk ini boleh didapati di mana-mana restoran Thai, sedap dan mudah disediakan. Boleh guna isi dada ayam atau ayam biasa yang dipotong ketulan kecil. Resipinya flexible boleh dimasak ayamnya begitu aje ataupun ayamnya digoreng garam kunyit terlebih dahulu 

Jika suka sayuran boleh juga masukkan sayuran yang kita suke....pendek kata mudah dan tak banyak songel dan yang penting sedap...ha..ha






Ayam Halia Thai

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Resipi mudah yang boleh didapati dikebanyan restoran Thai. Ayam ditumis denganhirisan halia sedap dan menyelerakan

  • 500 g      isi dada ayam, dihiris nipis atau 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 1 biji       bawang besar, dihiris nipis
  • 5 sm       halia muda, dihiris nipis
  • 4 ulas     bawang putih, dihiris nipis
  • 4 sudu besar      Sos Tiram 
  • 1 sudu kecil         kicap pekat
  • ½ sudu kecil        serbuk lada putih
  • 2 tangkai              cili merah, dihiris nipis
  • 100 g      daun bawang, dihiris 5 sm
  • 1/2 carrot dipotong bulat (optional)
  • 1 biji cili merah dipotong menyerong (optional)
 Cara Memasak
  1. Mula-mula sekali jangan lupa untuk nyahbekukan ayam ada terlebih dahulu sementara menyediakan bahan-bahan lain.
  2. Kemudian potong ayam dan hiris bawang besar, halia dan bawang putih nipis-nipis sebelum diasingkan.
  3. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak dan tunggu sehingga panas.
  4. Kemudian tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga naik bau.
  5. Selepas itu goreng ayam sehingga warna kekuningan dan garing
  6. Masukkan hirisan carrot dan cili merah
  7. Tambahkan Sos Tiram, kicap pekat dan serbuk lada putih.
  8. Biarkan hingga kuah nampak pekat atau sehingga sekata dan ayam telah masak elok. 
  9. Hidangkan bersama nasi panas! Selamat menjamu selera!



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...