Pandan Gula Melaka Cake...perghhh tak tahu nak cakap apa, memang menjadi sumber rezeki kepada kebanyakan homebaker. Kek ini memang tengah top dan cara slice ini paling digemari kerana ia mudah dihidangkan, tak perlu fening-fening untuk memikirkan cara untuk menjamu tetamu...ha..ha tuan rumah cuma sediakan pinggan dan garfu.
Resipi ini boleh digunakan untuk kek bulat biasa mahupun untuk cupcakes
Pandan Gula Melaka Slice Cake
- 300 gm tepung naik sendiri
- 190 gm unsalted butter
- 1/2 sudu teh
garam
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 255 gm gula halus atau gula caster
- 3 biji telur saiz A ~ suhu bilik
- 105 gm santan KARA
- 45 gm air suam
- 1 sudu besar pandan emulco
- 3 sdb susu penuh krim
- Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
- Satukan santan, air, susu, pandan emulco dan gaul rata ~ ketepikan
- Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
- Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
- Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
- Tuang ke dalam loyang 10 x 10
- Bakar selama 35 minit ataupun sehingga masak Setelah masak, sejukkan atas redai
Gula Melaka
Swiss Meringue Buttercream
- 50 gm gula Melaka
- 1 helai daun pandan
- 1/8 cawan air
Satukan
semua bahan di atas dan masak hingga gula larut Kemudian sejukkan
Resipi
Buttercream
- 1 cawan gula
- 4 biji putih telur
- 390 gram butter
- 1 sudu kecil vanilla esen
Cara membuat
- Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau gula bersama putih telur. Kacau sehingga gula larut dalam putih telur
- Tukarkan adunan ke dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga ia menjadi putih dan saiznya menjadi dua kali ganda.
- Campurkan vanilla dan gula melaka tadi. Pukul lagi dan masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul lebih kurang 15 minit sehingga semua bahan bersatu
Caramel Gula Melaka
- 50 gm gula Melaka
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air
Notes
No comments:
Post a Comment