Pages

Monday, February 06, 2017

OTAK-OTAK NYONYA


Ikan Tenggiri banyak di rumah, udah tak tahu hendak masa apa lagi. Godek-godek google jumpa resipi otak-otak Nyonya dari teman blogger Kgee, jadi saya cuba buat, resipi memerlukan daun kadok jadi saya usaha dapatkanya dari pasar keramat. Masyallah suka sekali  otak-otak ini terasa semua bahan-bahannya terutama aroma daun kadok.  

Otak-otak ini sedap makan dengan nasi panas tapi saya lebih senang meratahnya, Memang hebat resipi ini



Otak-Otak Nyonya


  • 1 batang bunga kantan 
  • 2 batang serai dihiris *
  • 1 inci lengkuas dihiris *
  • 1 sudu kecik serbuk kunyit
  • 1 inci belacan *

BAHAN C


  • 2 biji telor Gred C
  • 1 sudu kecik tepung jagung
  • 1 sudu kecik tepung beras
  • 5 helai daun limau purut dimayang halus
  • ½ cawan pati santan
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecik gula

BAHAN D


  • Daun Pisang secukupnya
  • Daun Kaduk secukupnya
  • Lidi

CARA:

1. Bahan A iaitu Ikan Tenggiri, dihiris nipis. Kemudian diperapkan dengan garam dan sedikit lada hitam selama ½ jam. Simpan dalam peti ais.

2. Bahan B ditumbuk halus. Kisar pun boleh tapi guna air yang sedikit sahaja. Gaul sampai rata.

3. Pukul telor. Sedikit sahaja. Tak payah kembang. Campurkan santan pekat, garam, gula dan tepung jagung serta tepung beras. Kemudian kacau sebati dan masukkan daun limau purut yang telah dimayang halus. Ini bahan C.

4. Campurkan Bahan B bersama Bahan C dan gaul rata. Tepikan.

5. Celur daun pisang yang telah dipotong dalam air panas supaya lembut. Saiznya korang agak2 jer lah supaya senang nak bungkus bahan2 tadi.

6. Letak daun atas permukaan leper. Kjee letak atas pinggan. Lepas itu, susun 2 helai daun kaduk diatas daun pisang. Letakkan sekeping atau dua ikan tenggiri diatas daun Kaduk. Tutupkan dengan 2 sudu paste. Kelim tepi dan semat dengan lidi. Boleh jugak guna stapler.

7. Kukus selama 20 hingga 30 minit.
    Notes


    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
    nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...