Pages

Monday, September 21, 2015

TAIWAN FRIED BEEF NOODLES / MEE GORENG TAIWAN


Boleh dikatakan one of my favourite mee goreng, lebih kurang macam mee Hailam tapi menarik mee ini kalau kita makan di Taiwan Restaurant, meenya agak gemuk sedikit dan kentang goreng dimasukkan sekali. Saya tidak memasukkan kentang goreng kerana anak-anak kurang gemari. Untuk mendapat mee yang sedap dagingnya harus cantik cepat empuk dan dihiris nipis-nipis.

Hirisan daging untuk mee ini diperap bersama rempah china, tidak perlu banyak, cukup untuk menaikkan baunya.  Sos kicap juga penting, sos yang baik menambahkan kelazatan mee ini.



Taiwan Beef Noodles
Ingredients
  • 1 paket mee kuning
  • 200 g daging dihiris nipis
  • 3 pokok sawi hijau dipotong
  • 2 sdb minyak masak
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1/2 sdt rempah chinese 5 spice
  • 2 sdb kicap pekat
  • 2 sdb kicap cair
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1/2 cawan air
  • sedikit lada sulah
Instructions

  1. Perap hirisan daging dengan chinese 5 spice
  2. Panaskan minyak dan tumis daging sehingga berubah warna
  3. Masukkan bawang putih dan kacau rata
  4. Masukkan setengah cawan air dan biar sehingga daging agak empuk
  5. Masukkan kicap cair, kicap pekat dan lada sulah
  6. Masukkan batang sawi dan mee
  7. Kacau rata biar sekata
  8. Masukkan air tepung jagung dan sawi
  9. Balik-balikkan dan angkat
    Notes












    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...