Siakap 3 Rasa, rasanya tidak perlu pengenalan ramai yang tahu dan ramai yang suka boleh didapati di mana-mana Restoran Thai tapi lebih murah kalau buat sendirikan. Saya tidak guna banyak bahan di sini buat simple aje untuk berbuka tetapi yang pasti saya buatnya panas-panas dan segar
Siakap 3 Rasa
BAHAN TUMIS:
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 1 ulas bawang putih | dihiris
- 1 inci halia | dihiris
BAHAN SOS:
- 4 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan air
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
1.Lumurkan ikan bersama sedikit garam dan tepung
jagung. Goreng hingga garing. Ketepikan seketika.
2.Tumis bahan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan
bahan-bahan sos. Gaul rata.
3.Masukkan ikan diikuti potongan nanas dan timun. Gaul
seketika sehingga semua bahan sekata.
4.Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Notes
No comments:
Post a Comment