Pages

Monday, July 27, 2015

CREAMY BUTTER CHICKEN


I love this, sedap dan mudah menyediakannya Ayam digoreng tepung kemudian disediakan sos mentega dan dicurahkan atas ayam Menu ini pasti menjadi kegemaran anak-anak. Jika inginkan sos yang lebih lemak lagi boleh juga dimasukkan sedikit cheddar cheese atau slice cheese Saya masukkan sedikit hirisan cili padi kerana macam mana pun tekak orang Melayu pasti inginkan pedas sedikit Kalau disediakan menu ini untuk anak-anak cili padi boleh dielakkan

Creamy Butter Chicken ini sedap dihidang bersama nasi dengan sedikit sayuran celur


Creamy Butter Chicken
Ingredients:
  • 3 ketul dada ayam dipotong dadu
  • 7 - 8 tangkai daun kari
  • 7 biji di dihiris halus
  • 2 tbsp butter

 Coating:
  • 1/4 cawan tepung
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2 biji telur dipukul 

 Seasonings:
  • 400 ml susu cair
  • 1 tsp gula
  • 1/4 tsp garam 

Methods:
1. Satukan tepung dalam mangkok
2. Puku telur dalam mangkok lain, masukkan garam dan ketepikan
3. Keringkan ayam
4. Panaskan minyak (deep fry) celup ayam ke dalam telur kemudian disalut dengan tepung
5. Goreng cara deep fry, masak sehingga kekuningan dan angkat serta toskan minyaknya.
6. Dalam kuali lain panaskan mentega, masukkan cili padi dan daun kari. Biar sehingga naik baunya dan masukkan susu cair
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Angkat dan curahkan keatas ayam goreng tadi.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Friday, July 24, 2015

VIETNAMESE NOODLES SALAD / KERABU BIHUN VIETNAM


Kerabu Bihun Vietnam ini adalah salad paling mudah untuk disediakan. Tidak seperti kerabu bihun Nyonya yang memerlukan banyak bahan aroma, kerabu ini memberikan kita ruang untuk memilih jenis sayuran yang kita suka, yang penting bihun hendak dicelur, sayur pilihan dan sos, selebihnya bergantung kepada citarasa kita.

Kalau inginkan pedas boleh tambah cili. Bawang goreng dan kacang tumbuk ditabur untuk menambahkan kelazatan kerabu ini


Kerabu Bihun Vietnam


  • 1/2 paket bihun dicelur
  • 1/2 carrot dihiris nipis memanjang
  • 1 biji cili benggla hijau dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar dihiri nipis
  • 150 g udang sederhana besar direbus dan buang kulit
  • 3 tangkai daun ketumbar dihiris
  • 7 biji cili padi dihiris
  •  biji cili merah dihiris
  • 3 helai kobis ungu dihiris nipis
  • sedikit bawang goreng
  • sedikit kacang tumbuk

Untuk Sosnya
2 biji jus limau nipis
2 sdb gula gabung thai
2 sdb sos ikan
3 ulas bawang putih dicincang
garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya
  1. Satukan bahan sos dan adjust rasa
  2. Tuang bahan sos pada bahan salad dan gaul rata
  3. Sebelum hidang taburkan bawang goreng, kacang tumbuk dan hirisan limau.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


SERABAI SERABI


Serabai Serabi..ha..ha macam cite Labu Labi pula. Alkisahnya itulah nama kuih ini. Di Malaysia namanya Serabai manakala di Indonesia namanya Serabi. Serabai putih Serabi Hijau. Kedua kuih ini memang sama Di Malaysia kita lebih gemar makan dengan kuah durian atau kuah gula merah Di Indonesia ia dimakan dengan Kuah kinca Membuatnya lebih kurang sana tetapi kuih ini akan ebih cantik jika digunakan acuan khasnya. Saya cuma menggunakan non stick pan yang kecil.

Sedap kuih ini aroma masam-masam yis menyebabkan kuih ini lebih kurang rasa apam. Sesuai buat sarapan atau minum petang


Serabai Serabi

  • 2 cawan tpg beras
  • 3/4 cawan nasi sejuk
  • 1 sudu kecik yis
  • 1/2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam

Cara Menyediakannya

  1. Yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk
  2. memastikan yis aktif...
  3. Kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
  4. masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
  5. sebati ..
  6. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
  7. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu
  8. Masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan...agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak keluarkan kuih dr acuan


Untuk kuah durian
  • 1 keping gula melaka
  • 2 mgkuk santan sederhana pekat
  • durian 2@3 ulas
  • gula jika perlu
  • daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • 1 sudu tpg gandum*
  • sedikit air *
  •  

* gandum dan air bancuh terlebih dahulu
  1. Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing
  2. Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak...



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Thursday, July 23, 2015

TUNA EGGS DECKER SANDWICH


I'm always a big fan of Tuna & Egg Sandwiches. I regularly make such sandwiches for myself. More often is either eggs or tuna but this time around I combined both, decked it up by using two different kind of bread, white bread for eggs and wholemeal for tuna. I like plain old water-packed tuna. Add more mayonnaise to have a nice combination of tuna and mayonnaise. The exact ratio of tuna to mayo varies because some people like more than others. I also add onion, bird's eye chilies and chopped celery.

As for eggs, there's nothing fussy about it just hard-boiled eggs, mayo, vinegar, some basic herbs (chives and dill) and mustard.

Spread the butter over the bread and add the tuna mayonnaise filling r eggs.  If you like, you can add thinly sliced cucumber or tomatoes as well. Don't overfill the sandwich or it will be super-messy to eat.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Wednesday, July 22, 2015

KUE GANDUS PALEMBANG


Kuih ini persis kuih talam berlauk, bahan dan caranya sama Kuih ini juga dipanggil Talam Ebi, ebi adalah udang kering yang digunakan sebagi bahan taburan atas. Serunding juga boleh digunakan jika kurang gemar dengan udang kering.

Sesuai buat sarapan pagi atau minuman petang kuih ini mempunyai rasa lemak dan masin


Kue Gandus

  • 700 ml santan pekat
  • 200 g Tepung beras 
  • Garam 1/2 sdt
  • Daun pandan 1 lembar

Bahan Taburan :
  • Bawang goreng secukupnya
  • Seledri 4 tangkai, iris halus
  • Cili merah 4 biji, iris halus
  • udang kering 100 gram, (rendam dalam air, toskan, kemudian haluskan)


Cara Membuat Kue Gandus :

  1. Langkah pertama, masak santan dengan garam beserta daun pandan sampai mendidih. Lalu angkat, dinginkan sejenak. Kemudian buang daun pandannya.
  2. Selanjutnya, tuang santan ke dalam tepung beras perlahan sedikit demi sedikit sambil anda kacau sampai terbentuk larutan yang licin. Kemudian tuang larutan tersebut ke dalam  loyang ukuran 20 x 20 yang sebelumnya telah disapu dengan minyak goreng (tipis-tipis) Setelah itu, kukus sampai masak.
  3. Terakhir, taburkan bahan taburan, lalu kukus kembali sampai taburan menempel. Kemudian angkat dan tunggu sampai dingin, setelah itu potong-potong dan kue gandus buatan siap untuk dihidangkan.

 

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


AYAM PANGGANG LEMAK TERMASEK


Resipi adaptasi dari wall Chef Joha Hassan. Nampak sedap so saya cuba, dengan membuat pengolahan dari segi cara membuatnya Resipi asal ayam dimasak sekali dengan kuahnya tetapi saya perap dan bakar ayam cara berasingan. Sedap resipi ini dan cukup berselera sekali. Saya hidangkannya cara roasted chicken, butter rice, fries dan salad



Ayam Panggang Lemak Temasek
  • 1 ekor ayam segar di belah dua, atau ikut citarasa.
  • 1.5 inch halia
  • 1.5 inch lengkuas
  • 1.5 inch kunyit hidup
  • 12 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
  • 4 biji buah keras
  • Bahan2 di atas di tumbuk atau dikisar halus
  • 2 batang serai di titik saja
  • 400ml santan cair
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis


Cara2nya
  1. Panaskan minyak di kuali, masukan 2 batang serai, gorengkan sebentar, kemudian letak rempah yang di kisar halus. Letakan serbuk buah pala, garam & gula. Goreng hingga aroma nya bangkit, rasa kuah nya. Masukan ayam yang di belah dua, dan tutupkan tudung periok nya biarkan ayam nya masak seketika diapi kecil.
  2. Keluarkan ayam, letakan di atas dulang pembakar dan panggang ayam nya selama 15mins di suhu 160C, grill setting. Bila di sajikan letak kuah lemak di atas ayam nya.


RECIPE SOURCE:  JOHA HASSAN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

SAYUR RAMPAI GORENG


Rasanya  sayur rampai ini popular dikalangan masyarakat Johor. Selalu dihidangkan dimajlis-majlis terutama tahlil. Biasanya kacang panjang menjadi favourite dan ada juga yang suka letak hirisan tofu dan tempe dan ada resipi memasukkan sedikit santan. Resipi ini paling mudah, tumisan cili merah dan bawang besar aje. Untuk sayur ini saya masukkan sedikit hati goreng....bukan apa sayang tenguk lebihan hati dari masakkan rendang raya. Sayur ini sesuai digandingkan dengan apa jenis nasi.


Sayur Rampai Goreng


  • 15 tangkai kacang buncis, hiris serong
  • 100 g udang hidup dibuang kulit
  • 3 ketul hati ayam digoreng dahulu
  • Sedikit soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
  • 2 keping fucuk kerat dan rendam
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 1 biji kecil bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan udang, cili hiris dan sos tiram, kacau rata. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kacang buncis, tauhu, fucuk dan soo hoon (toskan). Masukkan garam secukup rasa, kacau dan masak hingga kering sedikit. Masukkan hati goreng. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


SPICY CURRIED SPIRAL PASTA


Spiral Pasta ini disediakan sebagai side untuk majlis BBQ, oleh itu bahan yang digunakan paling simple, bawang dan bahan tumis aje tiada bahan sampingan lain digunakan. Rempah kari memberi kelainan pada pasta ini dan menjadikan menu ini gu yang mantap untuk dimakan bersama daging BBQ,



Spicy Curried Spiral Pasta

  • 150 gram spiral pasta direbus dan tos 
  • 1 biji bawang besar, dadu
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 3/4 camca besar cili kisar
  • 1/2 camca besar rempah kari daging
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1/2 cawan air rebusan pasta
  • 5 - 6 helai daun kari
  • 1 camca besar jus lemon
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • Minyak zaitun untuk menumis


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Pasta direbus dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada paket. Toskan dan asingkan airnya untuk kegunaan kemudian.
  2. Panas minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan cili kisar dan sos tomato, kacau dan tumis hingga garing, tambah rempah kari, kacau rata dan masukkan air, biar mendidih. 
  3. Masukkan pasta kacau dan tambah garam jika perlu 
  4. Akhir sekali masukkan jus lemon, gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama hirisan lemon.....




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


DILL POTATO PASTA SALAD


I made this potato pasta salad as a side dish for our Eid Mubarak BBQ gathering. Perfectly great as a side dish, simple yet delicious



Dill Potato Pasta Salad

  • 3 lbs white or red skinned potatoes, unpeeled and cut into bite sized pieces
  • 3 cups cook pasta (I used macaroni)
  • 1½ cups diced celery
  • 3 tablespoons finely sliced green onion
  • ¾ cup mayonnaise 
  • ½ cup sour cream
  • 2 tablespoons lemon juice
  • 4 tablespoons fresh dill, minced
  • 1 tablespoon dijon mustard

Instructions
  1. Boil the potatoes until tender (approx. 15-20 minutes). Cool and cut into bite sized pieces.
  2. In a large bowl, mix all ingredients except the potatoes.
  3. Combine cooled potatoes with dill mixture and refrigerate at least one hour.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Thursday, July 16, 2015

IFTAR TREAT - DADAR KELAPA NANGKA



Dadar Kelapa Nangka ini adalah variasi kuih dadar. Resipi ini diolah pada intinya di mana hirisan nangka dimasuk bersama inti kelapa. Ternyata kombinasi nangka dan kelapa menambahkan kelemakan pada kuih ini. Bahan kulit kekal seperti biasa


Dadar Kelapa Nangka

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur 
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sdt garam
  • 2 sdm minyak masak
  • Beberapa titis pewarna kuning

 Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah – kalau tak suka manis, boleh kurangkan. 
  • 3 ulas nangka dipotong dadu
  • 1/2 sdt garam
  • 2 helai daun pandan – disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sdm tepung gandum


Cara Membuat Intinya:

  1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut dan nangka. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  4. Sejukkan inti.
 Cara Membuat Kulitnya:

  1. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  2. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. 
  3. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  4. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. 
  5. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  6. Biarkan kuih masak. 
  7. Angkat. Ketepikan.
  8. Ulang langkah 5 – 8 hingga adunan habis.
  9. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  10. Ambil sesudu penuh inti . Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



IFTAR TREAT - GHANA BOFROT / DONUT BALLS


Bofrot ada sejenis kuih yang popular di Ghana Afrika, lebih kurang donut kuih ini mempunyai beberapa nama mengikut kawasan di bumi Afrika, Kuih ini ranggup di luar lembut di dalam Saya sudah dua kali membuatnya untuk berbuka. 

Masih belum lagi mendapat bulat seperti mana yang saya lihat di blog kekawan. Mungkin perlu lebih praktis Kuih ini sesuai  buat sarapan atau minum petang

Bofrot

2 cups warm water
• 2¼ teaspoon active dry yeast (1 packet)
• 3½ cups flour
• ½- 3/4 cup sugar
• ½ Tbs salt
• Oil for deep frying

Instructions
  1. Mix salt, sugar, water, and yeast . Set aside for 5 minutes
  2. Add flour and mix.
  3. Let the mixture rise for approximately 1- 2 hours
  4. In a large, sauce pan pour vegetable oil into a pot, until it is at least 3 inches (or about 5 centimeters) high (too little will result in flatter balls), and place on low heat.
  5. Test to make sure the oil is hot enough by putting a ‘drop’ of batter into the oil. If it is not hot enough, the batter will stay at the bottom of the pot rather than rising to the top.
  6. Using your hands grab a little bit of mixture at time and drop in the oil.
  7. When the oil is hot enough, use a spoon to dish up the batter, and another spoon or spatula to drop it in the oil, sort of in the shape of a ball.
  8. Fry for a few minutes until the bottom side is golden brown.
  9. Turn the ball over and fry for a few more minutes until the other side is golden brown.
  10. Use a large spoon or something like that to take it out of the oil. I usually place them on napkins right away to soak up some of the excess oil.
  11. If desired, you can roll the finished product in table sugar or powdered sugar to make it sweeter





all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

DENDENG DAGING PERAK


Dendeng Daging ini selalu saya masak sebagai lauk sampingan untuk Nasi Lemak. Memang sedap cara ini. Cara membuat dendeng ini lebih kurang sama dengan Dendeng Indonesia, daging yang direbus diperap seketika dengan bahan perap kemudian digoreng ditumbuk pecah dan dimasak bersama sambalnya Dendeng ini menggunakan campuran kicap manis dan kicap pekat. Pedas, manis gitu rasanya


Dendeng Daging

  • 1 kilo daging
  • 25 tangkai cili kering ( dikisar)
  • 5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
  • Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
  • 2/3 sudu besar cuka
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging
  • 2 batang serai dititik

Cara membuatnya:
  1. Rebus daging sehingga empuk
  2. Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper
  3. Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam
  4. Goreng daging, angkat dan toskan
  5. Tumis bawang dan cili kering, serai sehingga garing dan naik minyak
  6. Masukkan kicap dan gaul rata
  7. Masukkan daging yang telah digoreng tadi
  8. Masukkan garam, gula dan cuka
  9. Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Wednesday, July 15, 2015

IFTAR TREAT - KUIH JONGKONG / TEPUNG PELITA



perghhhh...lemak, harum dan manis, itu yang selalu dicari dibulan puasa ini. Tepung Pelita tetap boleh menduduki carta kuih dicari bulan Ramadan. Bahan mudah sedia cuma yang mungkin agak rumit ialah menyediakan daunnya..terpaksa berlajar step-by-step from google. Anyway masalah kelonsong daun ini boleh diselesaikan dengan menggunakan bekas plastik, rasanya ramai juga yang menggunakan cara shortcut ini.

Resipi adaptasi dari Azie's Kitchen ini saya buat untuk berbuka;


Kue Jongkong / Tepung Pelita

Lapisan Hijau:
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Secubit kapur makan
  • 2 cawan air daun pandan

Cara cara:
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.

Lapisan Santan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan
  • Secubit garam

Cara cara;

Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.