Kita digalakkan memakan salad dan sayuran kerana khasiatnya untuk kesihatan, tapi tulah namanya manusia apa yang disarankan selalu diketepikan. Sama juga saya, memilih salad hanya apabila menu di rumah adalah menu barat..ha..ha.so hari ini malas hendak makan nasi jadi saya buat Roti John aje. Salad ini sesuai dengan roti john, Salad simple menggunakan bahan apa ada aje di fridge, tomato, epal, lettuce, cabbage dan carrot. Sungguh segar dan warna yang menceriakan
Untuk dressingnya pula saya guna vinaigrette biasa, jus lemon, minyak zaiton dan cuka..sedap cara ini...dan tidak sedar boleh habiskan semua salad yang disediakan. Saya tidak turunkan resipi di ini melainkan resipi vinaigrette..untuk bahan salad tu kita boleh gunakan apa aje.
- 3 sdb cuka - apa-apa cuka pun boleh
- 6 sdb minyak zaiton
Goncangkan dan simpan di fridge
Bahan-bahan lain yang boleh menjadi pilihan ialah
bawang besar dicincang atau bawang putih cincang
herbs - biasanya thyme, basil or chives
mustards, lemon juice
Klik sini untuk mendaoatkan pilihan yang luas :- http://www.food.com/recipe/basic-vinaigrette-dressing-with-8-variations-213989
No comments:
Post a Comment