Pages

Monday, October 16, 2017

TRAY BAKED NACHOS


Saya mempunyai satu habit kalau ingin sesuatu perlawanan atau pertandingan biasanya peringkat akhir yang selalu penuh dengan drama atau thrill tak kira sukan, nyanyian atau apa-apa yang suspen perlu ada sesuatu didepan TV untuk mengonyel....nachos ini adalah one of it...ha..ha this Mexican snak tak banyak kerenahnya, masuklah apa sahaja tetap sedap sebab nachosnya sudah memang sedap.

Resipi ini saya menggunakan daging kisar yang tumis, ala2 spaghetti sos dicurah atas nachos ditabur dengan cheese dan bakar. Nachos yang sudah siap dibakar ditabur pula dengan salsa wala memang mngasikkan dan susah nak stop...Untuk nachosnya saya menggunakan brand mission.


Tray Baked Nacho

Yield: - lebih kurang 5  orang makan
Mexican snak atau appetizer yang semakin mendapat tempat di negara ini. Mempunyai banyak variasi mengikut selera 
2 pak corn tortilla chips - saya guna brand mission

Bahan daging:
  • 1 sdb minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang bombay, cincang halus
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 250 gram daging  cincang
  • 1/2 sdt oregano 
  • 1/2 sdt teh jintan 
  • 2 sdt serbuk cili (optional)
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 2 sdb saus tomato
  • 50 ml air
  • 2 biji hijau buang bijinya dan cincang halus (optional)
  • Garam dan gula secukup rasa

 Bahan saus salsa/Taburan
  • 1 biji cili merah besar, buang bijinya dan cincang halus
  • 1 biji cili  hijau besar, buang bijinya dan cincang halus
  • 2 biji tomat merah potong dadu
  • 1/2 cawan buah zaiton
  • 1 cawan mozarella cheese parut

Cara membuat:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang bombay hingga harum dan transparan. Tambahkan bawang putih, tumis hingga harum dan matang. Masukkan cincangan daging kacau dan tumis hingga daging berubah warna menjadi tidak pink lagi. 
  2. Masukkan jintan oregano cili serbuk, lada sulah , sos tomato kacau hingga rata dan tumis selama 1 minit. 
  3. Tuangkan air, masak hingga air mengering. Masukkan gula, garam dan cili rasa dan angkat
  4. Letak tortilla di dulang bakar taburi daging, dan sedikit keju parut (optional), 
  5. Bakar selama 15 -20 minit atau sehingga keju cair
  6. Keluarkan dan tabur hirisan tomato cili dan buah zaiton
  7. Siap dihidang

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment