Pages

Monday, October 16, 2017

TEPUNG PELITA CUP


Kata orang dalam hidup ini kita kena ada Plan A dan Plan B, jika satu tidak menjadi kita tidak akan terduduk kerana kita ada Plan B back up nya. Sama juga situasi Tepung Pelita ini. Kuih tradisi ini biasanya disediakan dalam daun pisang tapi kini diolah dengan menggunakan cawan jika berhadap dengan situasi susah mencari daun pisang. 

Kue ini mempunyai dua lapisan, lapisan pandan dan lapisan santan. Lemak dan sedap, memang favourite saya




Tepung Pelita Cup

Yield: - lebih kurang 6 cup
Kuih tradisi yang biasanya disediakan dalam daun pisang tapi kini diolah dengan menggunakan cawan jika berhadap dengan situasi susah mencari daun pisang. Kue ini mempunyai dua lapisan, lapisan pandan dan lapisan santan. Lemak dan sedap
Lapisan hijau @ bawah :
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit


Lapisan putih @ atas :
  • 4 sudu besar tepung beras - ratakan
  •  1 biji kelapa diperah jadi4 cawan santan  sedikit garam 


Cara : 
  1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 
  2. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ). Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap. 
  3. Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ). 
  4. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan. 


    RECIPE SOURCE:  Kongsi resipi. com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    No comments:

    Post a Comment