Pages

Monday, September 11, 2017

PULUT KUNING


Pulut Kuning ini ada dua cara menyediakkannya satu dengan menanak seperti mana kita masak nasi, kedua dengan cara mengukus. Saya lebih suka dengan cara kukus kerana ia pulut menjadi lebih cantik Resipi di bawah ini ada dengan cara mengukus. Untuk memastikan bulat bertahan lama santan dimasak dahulu dengan sekali buat dan menjadikan pulut berkilat cantik pulur direndam dahulu bersama asam keping Ini petua orang dolu-dolu saya ikut aje

Pulut Kuning ini sedap makan dengan rendang atau kari ayam

Pulut Kuning

Yield: -10 orang makan
Pulut kuning boleh disediakan dengan dua cara satu dengan menanak pulut macam kita masak dan cara kedua ialah dengan mengukus. Resipi ini adalah dengan cara mengukus dan tips untuk menjadikan pulut berkilat dan tahan lama

  • 1 kg beras pulut
  • 2 1/2 cawan santan pekat 
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1/2 sdb gula
  • Dlm 2 sdt garam 
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang utk alas pengukus


Cara :


  1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata2 beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang2 tiga jam.
  2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.
  3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dlm loyang..simpulkan daun pandan letak dlm beras. Kukus selama 20 minit.
  4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika.
  5. Campurkan gula dan garam dlm santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama tidak basi cepat.
  6. Gaulkan santan tadi dgn pulut..gaul sedikit demi sedikit smpi semua santan sebati dgn pulut. Biarkan ia rehat dlm 10 minit.
  7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment