Pages

Monday, March 20, 2017

TALAM NANGKA



Kadang-kadang kue Melayu ini lebih mudah disediakan dalam acuan kecil-kecil. Ia bukan sahaja comel malah senang diuruskan. Talam Nangka ini adalah salah satu cara menarik menyediakannya. Talam ini lemak dan rasa dan aroma nangka menyebabkan talam ini amat digemari. 

Talam mini ini sesuai buat sarapan pagi minum petang ataupun untuk hidangan majlis.


Talam Nangka

    • 30 gram Tepung Beras
    • 30 gram Tepung Hoon Kue
    • 60 gram tepung ubi
    • 170 gram Gula Pasir
    • 400 gram  Santan Kelapa
    • 60 ml air daun pandan
    • 120 gram nangka
    • atau essens pandan dan pewarna hijau secukupnya 
    • ½ sdt Garam

    Nangka diblen bersama santan sehingga hancur. Campur semua bahan-bahan lain dan masak atas api sehingga pekat dan kental

    Bahan untuk lapisan santan :

    • 400 gram Santan Kelapa
    • 30 gram Tepung Beras
    • ½ sdt Garam
    • 30 gram Tepung Hoon Kue
    • 30 gram tepung ubi
    • 1 sdb gula
    Masak santan dan gula hingga mendidih. Sejukkan dan masukkan bahan lain. Kacau rata tapis dan ketepikan


    Cara Membuat Kue Talam Nangka Yang Nikmat :

    • Panaskan kukusan
    • Sapu acuan lompang dengan minyak
    • Masukkan bahan A agak2 sejemput dan tuangkan bahan B
    • Kukus selama 15 minit
    • Sejukkan dan keluarkan dari acuan siap dihidang
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment