Pages

Tuesday, October 24, 2017

MAKARONI GORENG DAGING KISAR


Makaroni Goreng sebegini memang merupakan favourite saya. Untuk resipi ini saya menggunakan daging kisar dan cili Bangla. Aroma cili Bagla ini memberikan satu rasa yang unik pada pasta ini. Selain dari itu saya masih kekal rasa pasta cara Itali dengan memasukkan oregano dan Italian herbs

Pasta goreng ini sesuai dimakan bila-bila masa sahaja malah juga sesuai untuk hidang party. Bahan-bahan dalam pasta ini boleh diolah mengikut citarasa kita dan jika  inginkan pedas boleh la dimasukkan cili 



Makaroni Goreng Daging Kisar

Yield: - lebih kurang 3 orang makan
Pasta ringkas dan mudah disediakan sebagai one dish meal, Bahan boleh diolah mengikut cita rasa masing-masing
  • 250 gram makaroni
  • 1/3 cawan minyak (boleh guna minyak zaitun)
  • 1 mangkuk kecil daging kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 sudu kecil herba oregano
  • 1 sudu kecil Italian herbs
  • capsicum hijau, hiris nipis
  • (boleh juga gunakan mixed vegie
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 4 sudu besar tomato puree
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 biji tomato, potong dadu
  • semangkuk karot, potong dadu)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
  1. Rebus makaroni di dalam air bersama sedikit garam. Angkat, toskan air dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar sehingga layu.
  3. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging kering airnya.
  4. Masukkan karot, atau mixed vegie (jika anda guna). Taburkan lada sulah, Italian herbs dan herba oregano.
  5. Masukkan tomato puree, sos cili dan tomato. Kacau sehingga sayur-sayuran lembut dan kemudian masukkan makaroni. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment