Pages

Saturday, September 23, 2017

SAMBAL GORENG


Sambal Goreng atau lebih tepat sambal goreng pengantin memang popular seketika dahulu Seingat saya arwah umi ada mempelajarinya di kelas masakan anjuran WI. Kombinasi daging, paru, hati dan udang ini dalam satu hidang memang menyelerakan. Paling sedap ialah bila sambal ini dimasukkan dengan 2 cawan bawang goreng.

Sambal ini biasanya dijadi hidangan di meja beradap pengantin makanya di situlah wujud namanya. Can be very addictive dan sesuai juga dimakan bersama ketupat




Sambal Goreng

Yield: - lebih kurang 10 orang makam
Lauk campuran daging udang yang sesuai dimakan bersama nasi ataupun nasi impit

  • 1 kilo daging  *
  • 1/2 kilo paru   *
  • 1/2 kilo hati lembu   *
  • 1 kilo udang basah - dikupas kulit dan digoreng berasingan. *
  • 2 cawan santan pekat - drpd 1 1/2 biji kelapa '
  • 300 g asam jawa   
  • 2 inci persegi belacan  
  • @ 25 tangkai cili kering - dikisar   
  • @ 2 biji bawang besar - dikisar  
  • @ 8 ulas bawang putih - dikisar 
  • @ 8 batang serai - dikisar   
  • @ 1/2 jari lengkuas - dikisar 
  •  5 tangkai lada merah - hiris serong dan goreng berasingan 
  •  2 biji bawang besar dihiris nipis 
  • 2 cawan bawang goreng 
  • minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis. 
  • garam dan gula secukup rasa 

Cara-caranya : 
  1. Bahan bertanda * direbus,potong dadu kecil dan digoreng berasingan.  
  2. Asam dan belacan diramas bersama santan dan ketepikan.  Bahan bertanda @ dikisar halus.  
  3. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan campuran santan dan masak terus hingga mendidih dan naik minyak.  
  4. Kemudian masukkan secukup garam dan gula dan kacau rata dan masukkan daging,hati paru goreng,udang goreng tadi dan gaul hingga rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering. 
  5. Akhir sekali masukkan pula cili merah dan bawang goreng dan gaul hingga rata.Tambah garam dan gula lagi jika perlu.Rasanya haruslah lemak manis dan sedikit sahaja masamnya. Dlm masakan ini boleh juga di masukkan daun limau purut dan daun kunyit jika suka



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment