Pages

Monday, September 25, 2017

ROTI GORENG KACANG MERAH


Ada yang panggil roti goreng ada yang panggil pau goreng, apapun ianya benda yang sama, menggunakan bahan yang sama dan membuatnya juga sama cuma untuk resipi ini saya lebih gemar untuk salutkan roti ini dengan breadcrumbs, hasilnya roti menjadi lebih ranggup.

Untuk post kali ini saya hanya kongsikan resipi membuat rotinya sahaja kerana intinya boleh digunakan apa sahaja yang kita suka. Saya gunakan inti kacang merah yang siap dibeli di kedai.




Roti Goreng Kacang Merah

Yield: - lebih kurang 20 - 25 biji
Roti Goreng atau Pau Goreng ini boleh disediakan mengikut selera kita Saya menggunakan inti kacang merah yang siap di kedai
  • 300 gram tepung protein tinggi
  • 150 gram kentang kukus, dihaluskan
  • 15 gram susu tepung
  • 30 gram gula pasir
  • 1 sdt ragi instant
  • 1/2 sdt baking powder
  • 1 butir telur
  • 75 ml air es (aku pakai air suhu normal)
  • 30 gram margarin
  • 1 sdt garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • inti kacang merah atau apa2 pilihan


Bahan Pencelup:
200 ml air

Bahan Pelapis:
100 gram tepung panir kasar breadcrumbs


Cara Menyediakannya

  1. Kulit, campur tepung, kentang, susu tepung, gula pasir, ragi instant dan baking powder. Kacau rata.
  2. Masukkan telur dan air es sedikit-sedikit sambil diuli sampai kalis. Tambahkan margarin dan garam. Uli sampai elastis. Diamkan 30 minit.
  3. Kempiskan adonan. Timbang masing-masing 20 gram. Bentuk bulat. Diamkan 10 menit.
  4. Leperkan. Sendokkan isi. Bentuk bulat. Letakkan di loyang . Kempiskan sedikit. Diamkan 25 minit sampai mengembang.
  5.  Celup air. Gulingkan di atas tepung panir.
  6.  Goreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan di atas api sedang sampai mas



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment