Pages

Sunday, September 10, 2017

MEE KOLOK CARA KU


7 hari di Sarawak setiap pagi tidak miss sarapan Mee Kolok ha....ha..kata orang tidak mahu melepaskan peluang yang ada, sebelum pulang ke Semenanjung singgah di Pasar Satok beli mee khas membuat mee Kolok ni. Mee ini persis mee sanggul. 

Membuat mee kolok ini lebih kurang macam membuat dried wantan mee jadi saya tiada masalah membuat cuma google dan dapatkan resipinya nah ini dia MEE KOLOK cara ku....sedap!!!


Mee Kolok Cara Ku

Yield: - 5 orang makan
Menu sarapan pagi yang digemari di Sarawak. Kandungannya simple mee kicap dan sup
  • Mee Sanggul – 3,4 Gulung
  • Perencah Sup – 1 Sudu Besar
  • Daging Lembu – 100gm
  • Bawang Putih – 5 Ulas (dicincang)
  • Cili Api – 8 Biji
  • Serbuk Lada Hitam – 1 Sudu Kecil
  • Minyak masak – 4 Sudu Besar
  • Kicap Manis – 5 Sudu Kecil
  • Kicp Pekat – 1 Sudu Kecil
  • Limau Kasturi – 2 Biji (ambil jusnya)
  • Sos Ikan / Sos Soya – 1 Sudu Kecil
  • Cuka – 1 Sudu Kecil
  • Daun Bawang & Daun Sup (dihiris)
  • Air Secukupnya
  • Garam Secukup Rasa

Cara Memasak:

Cara Memasak Sup:

1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.

2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.

3. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)

Cara Memasak Mee :

1. Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.

3. Masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.

4. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.

5. Di dalam kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.

6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.

Cara Memasak Sambal:

1. Tumbuk/kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

Cara Menghidang:

1. Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan.

2. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang.


3. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dengan daun sup sebagai kuahnya jika suka.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment