Pages

Thursday, September 07, 2017

KUE LAPIS BERAS MANGKOK


Kuih Lapis beras biasa tetapi kali ini saya melapiskannya menggunakan acuan lompang ha...ha...bukan apa cuma saya hendak menggelak dari memotongnya cara biasa kerana nya kelemahan saya di situ kerap kali bengkang bengkong dan tak kemas. Dengan ini saya rasa lebih menjimatkan masa saya tidak messy dan senang ngap dimulut

Saya gunakan sudu makan untuk membuat lapisannya dan untuk satu acuan lompang ia dapat menghasilkan 5 lapisan. Pilihan mengikut kehendak masing-masing




Kue Lapis Beras Mangkok

Yield: - lebih kurang 20 - 25 biji
Kuih tradisional Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Biasanya dilapis menggunakan loyang tetapi kali ini saya menggunakan acuan lompang supaya mudah dan perlu dipotong-potong

Bahan-bahannya
  • 3 setengah cawan santan pekat. 
  • 3 cawan air
  • 3 cawan tepung beras
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula
  • Garam 1 sdk
Cara Menyediakannya

  1. Masuk kan santan+air dalam periuk. Panaskan biar sekali buak dan sejukkan. 
  2. Masukkan semua bahan yg lain. Kacau pakai whisk supaya tidak begentel.. Kemudian tapis. Bahagikan 
  3. Panaskan kukusan. Sapu  acuan lompang dengan sedikit minyak
  4. Kukus lapisan dengan menggunakan sudu makan kukus selama 5minit. Masukkan lapisan kedua begitu juga kukus selama 5 minit. Ulangi proses sehingga habis biasanya dalam 5 lapis
  5. Padamkan api dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuannya


RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

Post a Comment