Pages

Thursday, September 07, 2017

AYAM MASAK UNGKEP


Masakkan ayam istimewa ini terkena dikalangan Masyarakat Jawa Malaysia biasanya menjadi lauk untuk majlis keramaian Ia juga popular di waktu lembaran yang dihidang bersama lontong. 

Saya baru buat ayam ungkep ini masa raya korban baru ini, gara-gara tak ada santan dan tak sanggup beratur panjang ha....ha merupakan penyelamat pengganti rendang memang sedap kena dengan nasi juga kena dengan ketupat palas so lain kali time raya jika tak santan tukar menu pada ungkep



Ayam Masak Ungkep

Yield: Resipi untuk 10 orang makan
Masakkan ayam istimewa ini terkena dikalangan Masyarakat Jawa Malaysia biasanya menjadi lauk untuk majlis keramaian Ia juga popular di waktu lembaran yang dihidang bersama longtong

ingredients:

1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung.

Bahan A (untuk dikisar)
  • 2 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup - saya guna 3 ketul kunyit
  • 15 tangkai cili padi
  • 1 Sudu Makan Serbuk Jintan Manis
  • 1 Sudu Besar Ketumbar Biji
  • 1 Biji Buah Keras.
  • 6 butir Lada Hitam Biji.
  • Secubit Serbuk Kunyit.
Bahan tumis:

2 Labu Bawang Besar - Hiris kasar.
2 batang serai - Ketuk & Siat-Siatkan
2 cawan Minyak Zaitun untuk menumis
*boleh juga guna minyak biasa.
Garam Gula secukup rasa

Bahan Tambahan ( Wajib ada )
1 kpg Asam Keping.
6 biji kentang belah 4
3 biji tomato belah 4
16-20 biji cili padi - buang tangkai sahaja
1 helai daun kunyit - siat- siat je.
1 liter air - Untuk empukkan ayam/daging.
Jika guna makanan laut ,tak perlu air yg banyak ye.
Cara Menyediakannya


  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. ketepikan Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  3. Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengeakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM

All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.

No comments:

Post a Comment