Pages

Saturday, September 02, 2017

APAM MEKAR


Seingat saya masa zaman sekolah dulu arwah umi selalu buat apam ini, katanya cantik manis dan biasanya menggunakan ice cream soda. Resipi ini lebih kurang sama tapi soda digantikan dengan susu segar. Untuk menaikkannya saya guna ovelette. Apam ini nampak mudah tetapi kekadang meragam juga ia, paling saya takut kalau ia tidak mahu merekah atau pecah empat. 

Apam ini akan jadi cantik jika kita pandai bermain dengan warnanya. Apam comel ini sesuai untuk hidang majlis, gebu, lembut dan sedap





Apam Mekar Hijau Merah


  • 250 g  tepung gandum 
  • 180 g  gula kastor 
  • 1 sdb makan baking powder
  • 200 gm susu segar
  • 2 biji telur
  • 12 g ovelette
  • sedikit esen vanilla
Cara Menyediakannya

Ayak bersama tepung gandum dan baking powder..dan ketepikan

Campurkan gula, air, telur dan ovellete dan putar hingga gebu dan putih.

Masukkan tepung dan susu bersalang seli ke dalam adunan dan kacau hingga rata.. aku kacau guna spatula jer.

Rehatkan adunan 30minit dan selepas 30minit kacau lagi adunan sekejab.. dan pastu bolehlah diletakkan warna ikut kesesuaian 

Kukuskan adunan dgn api yg agak besar..lebih kurang 15-20minit.. atau hingga adunan cantik mekar dan masak..

    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.


    No comments:

    Post a Comment