Pages

Tuesday, July 25, 2017

MEE UDANG PULAU PINANG / PENANG HOKKIEN MEE


Mee Udang Pulau Pinang ini ada dua, ada varsi Melayu yang berkuah tomato dan ada varsi Cina yang kuahnya diperbuat dari stok udang. Mee ini kategorikan sebagai hawkers street food yang wajib cuba jika ke Pulau Pinang.

Resipi ini adalah resipi Mee Udang Cina, yang merupakan favourite saya, banyak menggunakan kulit udang, biasanya saya kalau beli udang kulit dan kepalanya saya frozen, stand by untuk buat mee ini.





Mee Udang Pulau Pinang
  • 1 kg udang kopek dan simpan kulitnya
  • 15 cawan air
  • 2-3 ketul gula batu
  • 1 kg tulang ayam untuk memaniskan kuah
  • garam secukup rasa
Chili Paste: 
  • 30 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 sdb minyak masak
Blend semua bahan sehingga halus
Panaskan minyak dan tumis cili paste ini sehingga naik minyak dan angkat
Dalam kuali yang sama masukkan 1 sdb minyak dan goreng udang yang dikopek tadi sehingga berubah warna dan angkat
Untuk Meenya 
  • 1 paket mee kuning dicelur
  • 1/2 paket mihun dicelur
  • 1/2 genggam kangkng dicelur
  • 1 cawan taugeh dicelur
  • Bebola ikan atau fish cake - optional
  • Hirisan ayam
  • Udang yang dikopek
  • Telur rebus
 Untuk Kuahnya:

  1. Masukkan 15 cawan air dalam periuk dan masukkan kulit udang dan kepala udang.
  2. Reneh atas api sederhana selama 1-2 jam
  3. Tapis dan ambik stoknya (hendakkan lebih manis saya blend bahan rebusan ini dan tapis kali kedua)
  4. Masukkan stock dalam periuk lain tambah air jika perlu
  5. Masukkan setengah cili paste yang setengah lagi dijadikan sambal semasa menghidang
  6. Masukkan tulang ayam garam dan perasa secukup rasa

Notes


RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

Thank  You.



No comments:

Post a Comment