Pages

Monday, April 24, 2017

KERABU KERANG ALA THAI


Mencuba resipi kerabu kerang ala thai yang viral kini. Mudah menyediakannya dan sedap digabungan dengan mana-mana menu. Untuk resipi yang sama juga kita boleh gunakan campuran sotong dan udang. Jika sukakan pedas boleh ditambahkan dengan hirisan cili padi.


Kerabu Kerang Ala Thai

    • 1 kg Kerang - rebus sampai masak, buang kulit
    • 1/2 kg sotong (optinal)

    Bahan-bahan ini jangan masak lama sangat nanti keras

    Bahan Sos
    👇🏻
    • 1/4 cawan air belacan
    • 1/4 cawan air perahan limau nipis (kulit pakai sekali)
    • 1/4 cawan sos ikan
    • 1/4 cawan cuka
    • 1/4 cawan gula
    • 1/4 cawan air asam jawa
    • Garam secukup rasa


    Campurkan kesemua bahan dan masukkan kedalam kerang, 

    Bahan Tumbuk
    • 12 biji cili padi (ikut kepedasan anda)
    • 10 ulas bawang putih
    Tumbuk halus dan campur pada keranga


    Bahan Hiris
    • 2 biji tomato dihiris
    • 2 biji bawang besar dihiris halus
    • 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
    Campur pada kerang dan gaul rata
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

      Thank  You.

      CHOCOLATE MALT TDROP COOKIES


      Cookies ini memang laris di rumah, pendek kata kalau buat jangan harap boleh diulang lagi....ha....ha habis la tu juga. Nipis dan ranggup memang menepati citarasa dirumah


      Chocolate Malt Drop Cookies

        • 1/2 cawan tepung
        • 1/2 cawan tepung whole wheat
        • 1/2 cawan  serbuk milo
        • 1/2 sdt baking soda
        • 1/2 sdt garam
        • 113 g butter, suhu bilik
        • 1/4 cawan gula  perang padat
        • 1/3 cawan gula pasir
        • 1 biji telur
        • 1 sdt vanilla 
        • 1 cawan chocolate chip

        1. Satukan semua bahan kering kecuali chocolate chips
        2. Pukul gula, gula perang dan butter sehingga creamy
        3. Masukkan telur pukul lagi dan perlahan-lahan masukan tepung sehingga habis
        4. Masukkan chocolate chips dan gaul rata
        5. Sudukan adunan kedalam loyan pembakar, jarakkan kerana adunan mengembang
        6. Sejukkan ke dalam peti selama sejam
        7. Panaskan ketuhar pada 180 C dan bakar selama 20 minit
        8. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari dulang
        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        NASI DAGING UTARA


        Kebetulan berada di Kedah, sempat memborong di Pekan Rabu, ternampak rempah nasi daging jadi saya pun beli, saja hendak try. Biasanya saya guna rempah kurma atau rempah nasi bokhari Faiza aje kali ini dah ada saya try aje. Cara memasaknya sama aje , nasi dimasak bersama air rebusan daging. Daging se elok-eloknya dipotong besar aje senang dihidang.

        Apa yang suke tentang nasi daging ni ia taak perlu dengan banyak cukup dengan air asam aje. Walaupun tidak berkuah ia nyata sedap


        Nasi Daging Utara

          • 1 kg daging (dipotong kube besar dan rebus)
          • 4 cawan beras (dibersihkan)
          • 4 cawan air rebusan daging (ikut beras)
          • 1 cawan susu cair
          • 3 sudu besar rempah nasi daging atau kurma atau nasi bokhari Faiza)
          • 3  biji tomato (potong dadu)
          • 2 sdb tomato puri
          • garam dan gula
          • 3 daun ketumbar (dihiris)
          • 3 sdb minyak sapi atau minyak zaiton


          Bahan tumis:
          • 1 kulit kayu manis
          • 3 kuntum bunga lawang
          • 3 kuntum bunga cengkih
          • 3 kuntum buah pelaga
          • 1 bawang besar (dimayang)


          Cara-cara:
          1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau. 
          2. Masukkan rempah, tumis biar garing dan wangi
          3. Masukkan tomato hiris
          4. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, biar sekejap.
          5. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato puree, susu cair, dan hirisan daun ketumbar,gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
          6. Masakkan nasi sehingga masak


          Resepi air asam.

          Bahan (tumbuk)

          15 biji  cili padi
          1" belacan dibakar dahulu

          Bahan hiris

          • 3 biji tomato
          • 2 biji bawang besar
          • 7 biji cili padi

          Bahan perasa
          • 1/2 cawan air asam
          • 2 sdb kerisik
          • 3 sdb sos tomato
          • garam dan gula secukup rasa


          Cara cara

          Satukan semua bahan dan adjust rasa. Gaul hingga berpalut semua.  Guna sedikit air daging dalam air asam tadi. 

            Notes


            RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            Thursday, April 20, 2017

            BAKSO MALANG


            Ha...ha jangan takut dengan namanya, yang pasti anda tidak akan menimpa malang pabila memakannya. Bakso ini mendapat namanya daripada daerah Malang di Indonesia, kalau yang biasa ke sana pasti dapat melihat kereta roda kecil ditepi-tepi jalan menjual bakso istimewa ini.

            Menarik tentang bakso malang ia disajikan bersama tahu sumbat yang dikukus dan kulit wanton yang berisi yang digoreng...ha..ha pastinya krup...krup bila dimakan. Dalam membuat bakso ini kita mempunyai dua pilihan, membuatnya semua sendiri dari baksonya ke pangsitnya atau membuat jalan short cut dengan membeli bakso yang siap. Saya lebih senang buat sendiri sebab yakin dengan kebersihannya. 

            Di bawah adalah resipinya tetapi jika tidak mahu renyah bahan bakso boleh juga digunakan sebagai isian pangsit dan tahu...dan jika hendak paling senang pangsitnya digoreng begitu aje tanpa isiannya pun sedap...semuanya ikut kita.

            Bakso ini dimakan bersama mee atau beehoon ynng dicelur terlebih dahulu, sawi , taugeh atau kangkong boleh ditambahkan jika hendak yang komplit dan berkhasiat dan jangan lupa sambalnya yaang meletop


            Bakso Malang

              Bahan untuk bakso :
              • 500 g daging kisar
              • 1/4  sdt soda
              • 1 sdb bawang putih goreng
              • 1 sdb bawang merah goreng
              • 175 g ais batu
              • 2 sdt garam
              • 100 g tepung sagu/ubi
              • 1/4 sdt perasa 
              • 1/4 sdt lada sulah


              1. Campur semua bahan bakso hingga rata, setelah itu masukkan ke dalam food prosesor, lalu proses hingga halus.
              2. Rebus air hingga mendidih, lalu bentuk bulat bulat adonan bakso dengan tangan, lalu segera masukkan ke dalam air mendidih, tunggu hingga mengambang dan masak, angkat dan ketepikan.

              Bahan untuk  pangsit goreng dan kuah :

              • 3 keping tahu putih kecil, potong  dua segitiga
              • 12 lembar kulit pangsit / kulit wanton

              Bahan untuk isi pangsit :

              • 50 gr daging giling
              • 1/2  sdt penyedap rasa
              • 1/4 sdt garam
              • 1/4 sdt lada sulah
              • 1/4 sdt gula pasir
              • 1 batang daun bawang, iris halus
              • 150 gr tepung sagu
              • 1 ulas bawang putih, haluskan
              • 110 ml air es
              1. Satukan semua bahan dan blend halus
              2. Isikan dalam tahu dan wanton dan kukus hingga masak

              Bahan untuk kuah bakso :

              • 4 liter air
              • 1 kg tulang daging
              • 5 batang daun bawang, ikat
              • 9 ulas bawang putih ,goreng utuh lalu memarkan
              • 5 tangkai seledri, ikat
              • 3/4 sdt lada sulah
              • 1/2 sdb gula pasir
              •  garam secukup rasa


              1. Masak air hingga mendidih, setelah itu masukkan tulang bersama seledri dan daun bawang, masak di atas api kecil hingga berkaldu, angkat dan saring air kaldunya.
              2. Setelah di saring, masak kembali lalu tambahkan dengan lada sulah, gula pasir dan garam, rebus hingga harum dan masak



              Bahan untuk sambal bakso :

              • 25 biji cili padi
              • 2 ulas bawang putih
              • garam secukup rasa
              • kicap manis
              Blend semua dan adjust rasa
                Notes


                RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                Wednesday, April 19, 2017

                KUE BAKAR JAGUNG/ BINGKA JAGUNG


                Paling saya suka baking ialah jika ramuannya menggunakan cawan dan main gaul--gaul dan bakar. Tidak meragam dan tidak perlu bimbang jika ia menjadi atau tidak, pendek kata kue yang senang dibuat. Kue bakar jagung ini adalah salah satu daripadanya....ha...ha...so kalau keinginan benda-benda manis datang mendadak makanya inilah jalan pintasnya provided thata semua bahan ada digerobok dapur.

                Resipi dari yatiememories ini tekturnya lembut, lemak dan tidak berapa manis. Sesuai buat sarapan pagi, minum petang atau majlis




                Kue Bakar Jagung
                • 1 cawan gula
                • 1 3/4 cawan tepung gandum
                • 1/4 cwn tepung kastard
                • 1 cawan santan pekat
                •  2 cawan air
                • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
                • 4 biji telor
                •  secubit garam
                • 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
                • bijan utk hiasan
                • sedikit pewarna kuning

                Cara-Cara:-
                1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
                2. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
                3. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
                4. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
                5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
                6. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

                  Notes


                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                  RESIPI KUAH PECEL ENAK


                  Pecal atau Indonesian Salad ini selalu menjadi juadah pilihan jika saya berpuasa, tak tahu kenapa tapi memang saya suka. Biasanya saya akan siapkan bahan bumbunya awal-awal supaya mudah. Menariknya kuah pecal Indonesia ini adalah aromanya. Daun limau dan kencur memberikan impak yang hebat pada pecal ini.

                  Untuk sayurannya tiada hadnya  boleh gunakan apa sayuran yang kita suka, nangka muda , kangkong taukeh tahu, kobis, kacang panjang selalunyu menjadi pilihan. Jika ada stok, rempeyek, keropok atau belinjo pasti akan menjadikan juadah ini begitu meriah sekali

                  Boleh dimakan begitu aje atau dimakan dengan nasi atau pun mee mengikut selera kita.


                  Kuah Pecel

                    1 kg kacang tanah beserta      kulitnya 
                    • 150 g cili kering
                    • 1/2 kg Gula merah 
                    • 10 biji cili padi
                    • 7 ulas bawang putih 
                    • 9 helai daun limau
                    • 6 biji kencur 
                    • Garam secukup rasa
                    • Air asam jawa 5 sdb
                    • Minyak 100 ml liter (untuk menumis bumbu)
                      
                    Cara Membuat 

                    1. Kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk hingga halus menggunakan ulekan atau blender ditambahkan dengan gula merah, Ulek hingga halus dan tercampur rata.
                    2. Panaskan minyak untuk menumis bumbu, goreng cili, kencur, bawang putih dan daun limau hingga layu dan matang. Jika sudah angkat kemudian haluskan.
                    3. Bumbu yang telah dihaluskan anda beri sedikit garam dan air asam jawa, masukkan kedalam bekas yang berisi kacang tanah tadi. Kacau hingga rata. 

                      Notes


                      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                      LEMON BUTTER CHEESE CAKE WITH FRESH CREAM AND BLUEBERRY JEM


                      Kek ini adalah campuran butter cake dan cheese, cuma diberi nafas baru dengan menghiaskan dengan fresh krim dan blueberry jem. Saya suka kek ini tekturenya lembut dan yang penting its a moist butter cake. Jika tak suka hiasan, kek ini sesuai makan begitu aje


                      Lemon Buttern Cheese Cake

                        • 225gm tepung gandum
                        • 1 1/2 baking powder
                        • 200gm pure butter atau lepa susu
                        • 180 gm cream cheese
                        • 150gm gula 
                        • 5 biji telur
                        • 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
                        • 1 sudu kecil jus lemon


                        Pukul butter, cheese dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

                        Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung. Masukkan jus lemon dan pukul lagi sampai sebati.

                        Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.


                        Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

                        Hias dengan fresh krim dan jem blueberry
                          Notes


                          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                          Tuesday, April 18, 2017

                          KOREAN RADISH SOUP / SUP LOBAK PUTIH ALA KOREA


                          Lobak putih adalah antara sayuran yang agak kurang popular terutama dikalangan masyarakat Melayu, saya cara memasaknya tetapi sayur ini kalau kena dengan caranya memang sedap. Resipi di bawah ini adalah sup popular dikalangan masyarakat Korea. 

                          Lobak putih dijadikan sup bersama hirisan daging yang dipotong nipis. Sup ini sedap jika digunakan kicap khasnya tetapi jika tiada kicap cair pun sesuai digunakan


                          Sup Lobak Putih ala Korea

                            • 1 batang lobak putih dihiris 4 segi
                            • 2 tangkai daun bawang
                            • 200 daging dihiris nipis
                            • 2 ulas bawang putih dicincang halus
                            • 1 sdt minyak bijan
                            • 2 sdb Korean soup soy sauce** (guk ganjang)
                            • lada sulah dan garam ikut rasa


                            1. Perap daing dengan sos minyak bijan bawang putih lada dan garam
                            2. Panaskan minyak dan tumis bahan perap tadi sehingga ia bertukar kekuningan
                            3. Masukkan  8 cawan air dan renehkan sehingga daging agak empuk
                            4. Masukkan lobak putih dan biar seketika lebih kurang dalam 15 minit lagi
                            5. Masukkan daun bawang dan angkat
                            Notes


                            RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.