Pages

Friday, February 24, 2017

KARIPAP AYAM JERUK BAWANG


Bila angin malas datang maka pos ini terbengkalai seketika, kue favourite masyarakat Malaysia tidak kira apa bangsa sekali pun. Karipap sedap banyak bergantung kepada kulitnya dan intinya. Kulit karipap yang sedap perlu ranggup, resipi ini insyallah banyak telah dicuba oleh rakan blogger. Keeper dan setiap kali kalau berhajat membuat karipap resipi inilah yang akan saya guna

Intinya pula saya buat inti ayam dan istimewa sedikit saya masukkan telur burung puyuh rebus bersama intinya dan double sedap karipap ini dimakan bersama jeruk bawang ala  murtabak, ha..ha bukan perkara baru tapi inilah mamak Penang jual karipap, karipap giant dengan jeruk bawang sedap
Karipap Ayam

    Cara Membuat Kulit Karipap
    • 500 gm tepung gandum
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 1/4 cawan marjerin - saya pakai butter
    • 220ml air - dicampur 1/2 sudu kecil garam

    Cara :
    Campur minyak dan butter dalam periuk kecil, panaskan keduanya dan biarkan butter cair dan minyak panas.

    Angkat larutan butter dan minyak panas terus tuang ke dalam tepung sambil kacau dengan senduk kayu. Ratakan minyak dan tepung sehingga tepung menjadi seakan-akan serbuk roti.

    Masukkan larutan air bergaram ke dalam tepung tadi sedikit demi sedikit sambil putar tepung dengan belakang senduk.. Jangan sesekali uli dengan tangan. Kita bukan nak buat roti, kita nak buat pastry jenis rapuh. Putar sehingga bercantum tepungnya. Tambah air sedikit demi sedikit...

    Cuba ambil sedikit adunan dan kepalkan. kalau boleh kepal tu stop masuk air.

    Bentukkan doh menjadi satu dan jadi bola besar . Diulang jangan uli ok. Cukuplah sekadar kepal sehingga menajdi bola. Kalau rasa tak cukup air boleh tambah sedikit lagi. Biarkan selama 15- 20 minit. Sementara tu boleh sediakan inti karipap.

    Inti Karipap 
    • 3 biji kentang - dipotong dadu
    • 1 ketul dad ayam - dipotong kecil.
    • 1 paket kecil rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air.
    • 1 biji bawang besar - potong dadu
    • 7 biji bawang merah - tumbuk
    • 5 biji bawang putih  - tumbuk
    • 2 cm halia - tumbuk
    • 3 sudu makan gula atau secukup rasa
    • Garam secukup rasa
    • Daun bawang daun sup - hiris
    • 1/2  senduk minyak masak
    • 20 biji telur puyuh direbus dimasukkan semasa klim kripap nanti


    Cara-cara
    Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.

    Masukkan daging/ayam dan air. Tutup supaya daging cepat empuk. 

    Lepas itu, masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk dan inti kering. Jika belum empuk, tambahkan sedikit air.

    Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat dan biar inti sejuk baru diklim

    Jeruk Bawang

    • 2 biji bawang besar dihiris halus
    • 1/2 cawan cuka
    • 2 sdb besar gula
    • setitik warna merah

    Gaulkan semua bahan dan biarkan seketika

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      Post a Comment