Pages

Friday, December 09, 2016

PULUT AYAM THAI


Kalau yang biasa berulang alik ke Thailand menaiki keretapi pasti tidak lepas melihat anak2 kecil menjual ayam ini takala keretapi berhenti. Ayam ini samada di goreng atau dipaggang cukup digemari oleh masyarakat Thai memakannya dengan pulut. Boleh dikatakan sajian sarapan pagi yang digemari

Pulut Ayam Thai ini sedap dimakan bersama Thai Cili Sos



Pulut Ayam Thai


  • 500gm beras pulut - direndam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 ekor ayam 
  • 1/2 cawan sos siracha
  • 1/4 cawan madu
  • garam secukup rasa



Dikisar atau ditumbuk lumat

  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1/2 sudu teh lada hitam

Bahan sampingan

  • Bawang merah goreng - untuk ditabur atas pulut
  • Sos cili Thai secukupnya
Cara-cara


  1. Basuh beras pulut, simpulkan daun pandan dan kukus hingga masak. Ketepikan seketika. Selalunya beras pulut direndam terlebih dahulu selama 3 hingga 4jam sebelum dikukus. Tips : untuk mempercepatkan proses tersebut, rendam beras pulut dengan air mendidih selama 15 ke 20 minit toskan dan boleh terus dikukus.
  2. Gaul ayam dengan bahan tumbuk, madu dan sos siracha. Perapkan dalam 10 minit, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
  3. Goreng bawang merah sehingga kekuningan dan angkat. Pulut ayam lebih enak dimakan bersama-sama bawang goreng yang dihasilkan sendiri.
  4. Hidangkan pulut kukus bersama ayam goreng, taburan bawang goreng serta sos cili Thai.

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    1 comment:

    1. Berapa kali buat tak jadi sma mcm kt kedai hehe..cube resepi ni pulak. Tqq 😁

      http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

      ReplyDelete