Pages

Wednesday, December 07, 2016

DONUT KENTANG NCC ALA FATMAH BAHALWAN


Rasanya ramai yang sudah cuba resipi ala Fatmah Bahalwan yang terkenal dengan hasil tangannya di Indonesia. Resipi ini memang top di sana jadi rugi kalau tak mencubanya Ternyata berbaloi bukan aje mudah menyediakannya malah donut ini cukup lembut dan gebu. Bersesuain dengan trend sekarang ia boleh di corakkan dengan berbagai cara taburan cheese, cinnamon sugar chocolate dan ape sahaja seperti donut Big Apple




Donut Kentang

  • 200 g kentang ~ di kukus atau di rebus, kemudian kupas kulit dan lenyek halus. 
  • 500 g tepung gandum / tepung protin tinggi / tepung roti
  • 4 biji kuning telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 50 g susu tepung
  • 100 ml air ais
  • 75 g shortening / margerin / butter
  • 100 g sudu besar gula halus
  • 11 g  yis segera
Cara  Menyediakannya


  1. Satukan tepung yang di ayak ke dalam bekas.
  2. Masukkan gula, susu tepung, baking powder dan yis. Kemudian gaul rata
  3. Masukkan pula kentang yang telah di leyek halus, ratakan
  4. Dalam bekas lain, satukan garam dan telur, kocok sebentar.
  5. Masukkan telur dalam adunan tepung, kacau rata
  6. Tuangkan air ais sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan kental
  7. Akhir sekali masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut dan elastik
  8. Anda boleh masukkan doh dalam plastik bag dan ramas-ramas doh selama 10 - 20 minit hingga doh menjadi elastik dan tak melekat di tangan
  9. Tutup doh dengan kain towel, atau plastik wrap dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan doh naik 2 kali ganda. Anggaran masa 30 minit. 
  10. Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
  11. Bulat-bulatkan doh anggaran 20 gm setiap satu.
  12. Susun dalam loyang yang di tabur sedikit tepung supaya doh tidak melekat
  13. Tekankan doh supaya leper
  14. Bulatkan tengah doh dengan acuan bentuk bulat
  15. Biarkan 5 minit sebelum di goreng.
  16. Jangan biarkan doh naik sangat ya sebab nanti lubangnya tertutup pula, dan bila ia naik ia jadi lembut sangat dan sukar nak mengoreng nanti.
  17. Sementara itu kita panaskan minyak, jangan terlalu panas dan jangan pula minyak tak panas. Jika minyak panas sangat donut cepat hangus di luar tapi dalammya masih belum masak dan gebu. Jika minyak tak panas pula donut akan menyerap minyak semasa proses mengoreng.
  18. Balik-balikan donut supaya dapat bentuknya yang cantik.
  19. Angkat setelah ia kuning keemasan.
  20. Jika anda nak taburkan gula, letakkan gula ketika ia masih panas jika dah sejuk gula sukar melekat pada donut.

Kaedah meletakkan gula, 
  1. Masukkan gula dalam bag plastik, kemudian masukkan donut dalam plastik tersebut. Kembungkan plastik dan goncang-goncang supaya gula melekat pada donut. Kaedah ini mengelakan dapur anda berselerak dengan gula. Ia juga kaedah yang bersih dan baki gula dalam plastik boleh di guna semula.
Notes


All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

Post a Comment