Pages

Tuesday, May 03, 2016

PENGAT PISANG GULA MERAH



Paling sedap ialah pisang tanduk tapi saya guna pisang nangka, tak apalah apa yang ada, malah untuk pengat ini pisang apa pun boleh Pengat ini boleh dibuat putih aje tapi saya lebih suka dengan gula merah. Sedap pengat ini dibuat juadah berbuka Kepada yang berpuasa sunat hari ini SELAMAT BERBUKA


Pengat Pisang


  • 5 -6  biji pisang nangka
  • 1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dlm 3 minit
  • Air secukupnya utk merebus pisang dan sagu

Bahan Pengat

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan

Cara-Caranya


  1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang  sehingga separuh masak.. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus lama sangat ya, nnti tak cantik pisangnya.
  2. Sementara tu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yg telah di rendamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
  3. Di dalam periuk yg lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yg sudah di tapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.
  4. Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan...gaul sebati.
  5. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    Post a Comment