Pages

Friday, April 22, 2016

IKAN BAKAR PORTUGIS BERSAMA BENDI



Menu seperti ini kerap kita jumpa di Food Court mana-mana shopping complex. Biasanya ikan pari menjadi kesukaan. Saya membuat ini sebagai juadah berbuka baru-baru ini. Siakap menjadi pilihan saya kerana isinya yang lembut, selain dari harganya yang berpatutan.

Saya masukkan juga hirisan bendi, sebagai alasan untuk tidak menyediakan sayuran lain....ha..ha..jadikan a complete set. Untuk aromanya saya masukkan hirisan daun kunyit. Selain dari daun kunyit daun limau purut juga sesuai


Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
7 biji bendi dihiris serong
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
25 tangkai cili kering kisar
5 biji buah keras
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2 hiris lengkuas
2" kunyit hidup
1" belacan

Cara cara:

Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.

Taburkan hirisan bendi ditepi ikan Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak. 

Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    No comments:

    Post a Comment