Pages

Friday, April 29, 2016

CAKOI BIJAN


Ha...ha cakoi dengan wajah baru, ilham dari Aunty Anne's pretzel, cuma ubah coraknya dan letakkan bijan. Sedap makan begitu aje atau cicah dengan kopi.





Cakoi Bijan

  • 400gm tepung gandum ~ di ayak
  •  1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil yis segera
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 cawan bijan


Cara-caranya:
1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau hingga sebati.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sentimeter, atau boleh juga dalam bentuk seperti gelang.
5. Celup dengan air dan tabur bijan
6. Goreng sehingga kekuningan

 Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

Post a Comment