Setiap kali buat menu breakfast ini teringat arwah abah, its his favourite beakfast. Paling dia suka makan ialah bersama samba tumis sardin. Pagi ini saya buat untuk sarapan pagi..ha..ha cuma saya seorang sahaja yang mengadap. Lempeng Bawang ini lebih kurang sama dengan Taiwan Green onion pancake cuma kita di sini lebih gemar makan dengan kuah semalam, kari semalam atau sambal tumis
Lempeng/Roti Bawang
Ingredients
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji bawang besar, dadu kecil
- 2 1/2 cawan air (ikut pekat)
- 2 camca besar minyak masak
- 2 pokok daun bawang, hiris halus
- Garam secukup rasa
- 1 biji telur
- 1/2 camca teh baking powder
- 1/2 sdt serbuk kunyit
- 2 - 3 cawan ikut tekture agak2 boleh leser dan lenggang
Instructions
- Satukan semua bahan2 diatas , gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
- Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
- Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.
RECIPE SOURCE: PATYSKITCHEN
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You.
nampak sedap..boleh try nanti
ReplyDeletehmmmm menu favourite orang johor
ReplyDeletekak fatimah..ini pun salah satu kegemaran Allahyarham ayah umi.. makan plak dengan asam pedas pekat2..memang berkeping-keping dia makan..
ReplyDeleteMemang asam pedas pun terangkat
ReplyDelete