Pages

Sunday, July 12, 2015

MEE SIAM FOR SAHUR


Sahur di rumah adalah ibarat sarapan pagi kerana menu-menu yang disediakan adalah menu sarapan pagi..ialah tengah sedap tidur tiba-tiba dikejutkan untuk sahur memang tahap selera itu agak terbantut so nasi pastinya tidak menarik selera..makanya saya sediakan Mee Siam ini. Mee Siam ini tidak berkuah digoreng macam bihun goreng biasa cuma saya blendkan tocho sekali. Menarik Mee Siam ini ialah ia lengkap dengan bahan taburan dan sedap jika dapat makan bersama sambal tumis bilis.


Mee Siam Kering

  • 1 paket Mee Hoon – direndamkan dahulu kemudian di toskan.
  • 5 biji Limau Kasturi
  • 2 sdb tomato sos
  • Tauhu dipotong kechil dan di goreng ditepikan
  • Daun Kuchai – di potong kechil2
  • Udang hidup – 500gm 
  • 6 biji telur rebus (di potong empat) atau dadar
  • 1/2 mangkuk Taugeh
  • Bawang merah goreng
  • garam dan gula secukup rasa


Bahan Blend
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 10 biji Bawng Merah
  • 4 Biji Bawang Putih
  • 4 sudu besar tow cho
  • 6 sudu besar cili kisar (gunakan chili kering)
  • 2 sudu besar udang kering – direndam dulu
  • 2 sudu besar ikan bilis – direndam dulu


Cara Memasak-nya

  1. Tumis bahan kisar sampai wangi 
  2. Masukkan udang biar seketika dan letakan air 
  3. Masukkan tomato sos, garam dan gua secukup rasa
  4. Letakan mee hoon gaulkan sampai sebati. Mee Hoon akan meresap rencah tadi menjadi merah jambu. Taburkan kuchai dan taugeh secukup nya. Gaulkan hingga masak. 
  5. Hias dengan bahan taburan



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

  1. Saya suka mee siam. emak pun slalu buat siam sejak kecil lg sbb dulu lebih 30 thn keluarga tinggal di singapura. Tp biasa mkn mee siam yg berkuah. Teringt juga filem p ramlee jadi guru ada sebut mee siam. Cuma di malaysia x ramai yang tahu mkn mee siam.

    ReplyDelete