Pages

Sunday, July 12, 2015

LOMAK KANGKONG TERUNG BELANDA


Satu lagi masakan harian yang sesuai sebagai lauk berbuka. Masak Lomak Kangkong. Saya masukkan sedikit terung belanda atau terung pipit. Dua kombinasi yang menambahkan selera. Selain dari kangkong, pucuk ubi atau pucuk paku juga sesuai untuk masakkan ini.


Lomak Kangkong Terung Belanda

  • 2 ikat kangkong
  • 1 cawan terung belanda diketuk
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • 2 ulas bawang merah- dikisar
  • 15 tangkai cili padi hijau- dikisar
  • 1 inci kunyit hidup- dikisar
  • 2 sdb ikan bilis direndam dan diketuk2
  • sedikit garam, gula, ajinomoto


CARA MENYEDIAKANNYA,
1. masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai,ikan bilis, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih
2. Masukkan bahan perasa kacau sebentar..
4. akhir sekali masukkan kangkung dan terung belanda
5. masak sehingga terung empuk




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

Post a Comment